Balik ke masa silam.. 20 atau 30 tahun dahulu, teringat betapa meriahnya setiap kali menjelang puasa. Anak2 remaja sudah mula ke hutan mencari buluh, standby nak berperang dengan kampung sebelah. Kanak2 tertunggu-tunggu abah pulang dari pasar membawa bunga api dan mercun. Ada atuk dan bapa yg tak sabar2 nak menunjukkan cara membuat meriam buluh kpd cucu dan anak2 jantannya. Ibu2 seronok menguli tepung sambil melihat sikecil bermain bunga api. Kalau ada pun kecederaan atau kematian akibat mercun dan meriam buluh, boleh dikira dengan jari,.....
Hari ini, semakin ramai remaja yg mati setiap hari akibat berlumba dijalanraya dan menghisap dadah. Masalah sosial semakin bertambah kerana tradisi telah ditinggalkan. Kita diharamkan bermain mercun dan bunga api kerana ia dikatakan merbahaya tetapi sebenarnya bahaya bukan datang setahun sekali... bahaya ada setiap hari di setiap masa dan setiap tempat. Kata orang bahaya jgn dicari tetapi malang memang tidak berbau.
Untuk aku , tradisi bermain mercun dan bunga api dapat mengeratkan hubungan bapa dan anak2. Ia juga dapat mengisi masa lapang anak remaja. Yg penting anak2 perlu diajar cara yg betul untuk melakukan sesuatu. Begitu juga dengan halnya lesen memandu.
Seingat aku masa ambil lesen memandu dulu, kita hanya perlu memandu 50km sejam, ikut laluan yg ditetapkan. Tahu cara untuk berhenti diatas bukit dan meletakkan kenderaan dengan betul. Itu sahaja.... mudah sgt.
Bila dah dapat lesen, tiba2 aku kena memandu 80km sejam, perlu pula memotong lori dihadapan, kereta tiba2 rosak kat traffic light, tak pun traffic light rosak kat simpang empat...ceh semua tu belum pun ditest oleh JPJ. Maka tak heranlah ramai sgt yg tak layak memandu walaupun dah dapat lesen.
Bila smlm JPJ kata nak kaji semula sistem mengambil lesen, aku rasa mereka harus tetapkan supaya, pelatih,
1. perlu membawa kereta dgn kelajuan 80km sejam.
2. perlu memotong sekurang-kurangnya sebiji lori dijalan persekutuan.
3. melakukan brek kecemasan di selekoh.
4. melintasi traffic light rosak di tengah bandar.
5. menukar tayar kenderaan di tepi jalan.
sekiranya mereka lulus semua perkara diatas aku rasa usaha nak mengurangkan kemalangan jalan raya akan berjaya. Kalau harap nak ubah sikap saja tapi skill memandu kurang, naik basikal pun boleh masuk semak.
Dengan erti kata lain, kemalangan jalanraya pada setiap kali menyambut raya melebihi kadar kematian akibat bermain mercun. Kenapa tak haramkan kereta dan motosikal?????