Taqwa Dan Iman
Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah Tuhan
Itulah tugas setiap insan
( 2X )
( 1 )
Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana
Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman
Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan
( ulang dari 1 )
Selagi hayat dikandung badan
(Ahmad Jais)
Lirik lagu kat atas tu, aku tujukan untuk diri sendiri... hahaha... memandangkan bulan Ramadhan is just around the corner, Aku kena sediakan formula utk keep up the energy. Anak dah 4, plus pula anak2 bela, camna lah puasa tahun ni.
Aku pernah kena ganti puasa selama sebulan, first time kerana mengandung Abang, bersalinnya on 26 Ramadhan, few days before Raya... mmg tak larat nak puasa masa tu. Kali kedua bersalin Adik, the 1st day of Ramadhan... wo!
Aku ni pula sejak dulu lagi malas nak bersahur, selalu berniat saja sbb dah terbiasa tak makan breakfast so mmg tak berapa nak lalu sgt. But nowadays Abang dan Adik dah besar dan rajin berpuasa... jadi aku pun kenalah rajin bangun utk sediakan sahur mereka, otherwise diorang tak tahan. Last year Abang dan Adik hampir berpuasa penuh..
Aku nak standby serunding dan ikan masin utk sahur, bila teringat menu ni, semangat sikit nak bangun sahur, yes!
Aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan' kat you all semua and thanks for visiting my blog.