Thursday, October 20, 2005

The rainy days..

Mak aku kata kalau hujan lebat serta petir dan guruh, itu tanda ada orang2 besar nak meninggal dunia. Benar atau kebetulan aku tak persoalkan tapi hari ni our First Lady, Datin Seri Paduka Hendon Mahmood meninggal dunia setelah sekian lama menderita akibat barah payudara. - Al Fatihah - Semalam petang hujan lebat sangat sampai aku nyaris2 tak dapat tengok citer House kat AXN. Ternyata hari ni hujan tak henti2 seolah menangisi pemergian Allahyarhamah Datin Seri. Mungkin terlalu baru dan jarang dapat bersama rakyat so aku tak begitu terasa kehilangan beliau. Tetapi aku berharap dengan pemergian beliau, kita lebih prihatin dengan penghidap2 kanser yg lain yg amat memerlukan bantuan. MAKNA merupakan satu badan yg bertanggungjawab menjaga kebajikan pesakit kanser, aku selalu beli kad Hari Raya yg mereka keluarkan demi utk mengutip derma. Hopefully aku boleh buat something yg lebih berMAKNA utk mereka.

Aku baru balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di sekolah anak2 aku. Julung kali diadakan sambutannya agak mengecewakan. Mungkin juga kerana ramai anak2 yg sudah tidak kesekolah kerana telah tamat peperiksaan maka ramai ibubapa yg tak mendapat informasi tentang majlis ini. Aku pun hairan kenapalah diakhir2 persekolahan ibubapa cenderung membiarkan anak2 memonteng. Aku selalu memujuk anak2 ke sekolah walaupun tiada apa2 yg diajar atau dibuat disekolah kerana mungkin terdapat beberapa perkara yg ingin disampaikan oleh pihak sekolah melalui anak2 dan sebagainya. Aku dulu pun suka kesekolah diakhir2 kerana dapat bermain dan berjumpa rakan2 serta tak perlu belajar... kan seronok!

Hubby kata...oi panjangnya posting! Dah tu, kan dah lama aku tak posting.. almaklumlah puasa, selalunya 9 pm aku dah terlelap. Adli pula tak sihat hari ni, mungkin main hujan siang tadi... oklah aku sambung lagi later...