Wednesday, November 23, 2005

Raya 3: TV dan wayang...

Aku heran juga sebab tiap kali hari raya ramai yg suka tengok wayang. Selain tu ada yg tak mahu kerumah jiran-jiran cause takut tertinggal rancangan TV. Rasanya aku dulu pun macam tu jugak..cuma sekarang ni dah tak lagi. Sebab?

Few months back banyak blog yang promo filem Gol dan Gincu, beria-ia mempersoalkan mentaliti rakyat malaysia yang kononnya menolak citer2 filem sebegitu. Aku tak tengok citer tu walaupun ada yg bawa balik VCDnya.. tup!tup! citer tu keluar kat TV! Hello... tu baru je tak sampai 3 bulan tak silap aku! Tak laku sangat ke citer tu? VCDnya tak terjual ke?

Patutlah orang dah malas nak tengok citer melayu sekarang ni... kat TV senang boleh tengok, free aje.. buang masa bayar tiket wayang, apatah lagi nak beli VCD! Kat sesapa yg rasa filem diorang tu bagus sangat tapi tak laku, tak payahlah nak salahkan penonton..... semuanya salah sendiri... tamak dan nak sangat cepat pulang modal, nah ambik kau! sapa nak tengok filem awak lagi????

Sayangnya bila keluar free kat TV pun aku still tak minat nak tengok filem tu... hehehe!