Monday, October 10, 2005

Puasa dan Hari Raya

Hari ni hari ke enam umat islam berpuasa. Maknanya ada 24 hari lagi nak sambut raya. Semalam aku pergi ke Jusco Bukit Raja utk belanja adik ipar aku berbuka puasa. Ramai juga yg dah mula bershopping utk Hari Raya. Sale Hari Raya pada 13 Okt nanti tapi aku rasa mereka2 yg dah bershopping awal2 ni sama macam aku juga tak suka kesesakan dan berebut2 memilih barangan yg nak dibeli. Aku pernah 3 kali berturut2 terpaksa shopping last minute pada malam raya.... aduhai, peningnya kepala aku. Sudahlah orang terlalu ramai, pilihan barangan pun tak seberapa. Dulu aku pernah tinggal di Ampang selama 6 tahun tapi sekali sahaja aku pernah bershopping di Jalan Tuanku Abd Rahman dan Masjid India, sesaknya tak terkata. Kena pula nak mengukur pakaian utk anak2 yg sibuk berlari ke sana-sini, boleh kena heart attack. Ada sekali tu si Abang baru berumur 2 tahun lebih, hilang di Sogo, kelam kabut dibuatnya. Tapi tahun ni aku tak payah nak bawa kesemua anak2 utk beli pakaian sbb saiz mereka tak banyak berbeza. Aku pilih yg mana aku berkenan, bawa balik utk mereka cuba, kalau tak muat sempatlah aku nak pergi tukar.

Aku cuba berjimat sebanyak mungkin tapi anak2 aku ni setahun sekali saja aku belikan pakaian baru, jadi banyaklah juga belanjanya. Untuk si Tiga Abdul tak masalah sangat sbb baju mereka boleh di recycle sesama mereka tapi Yasmine Sang Puteri Abah ni, bajunya dahlah sama harga dgn baju ibu... sayang pula nak membeli banyak2 sbb bila dah tak muat nanti terpaksa disimpan aje.

Tempahan biskut raya pun dah dibuat, sbb aku mmg tak reti buat kuih ditambah penyakit M tu... tahun ni cuma 4 jenis biskut wajib ada, biskut tart nanas, biskut almond london, biskut mazola dan biskut bangkit. Yg lain tu aku cadang nak beli kacang dan gula2 utk tambah2.

Tahun ni mood beraya bertambah kurang sbb tak banyak persiapan nak dibuat. Perabot masih elok, tak perlu ganti. Cat rumah pun tak bercadang nak tukar sbb baru dicat tahun lepas. Langsir dan karpet pun aku cuma keluarkan dalam bulan raya saja, maknanya boleh diguna lagi. Mungkin kena tunggu 2 minggu lagi utk ceriakan rumah, sementara tu aku berehat2 sajalah.

Setakat hari ni aku belum lagi memasak dlm bulan puasa. Aku beli 2 jenis lauk utk bersahur dan makanan berbuka juga aku beli. Pengalaman aku yg lepas2, kalau aku memasak utk berbuka nanti ada yg sibuk nak membeli itu ini kemudiannya tak terhabis dan terbuang aje. Bersahur pula semua tak lalu makan, jadi tak perlulah aku nak memasak awal pagi. Sebenarnya utk keluarga kecil, membeli makanan siap lebih jimat sbb kos bahan memasak skrg dah mahal. Tetapi utk keluarga yg besar, masak sendiri dlm kuantiti yg banyak mmg menjimatkan dan puas makan...

Okeylah aku nak bagitau smlm aku berbuka kat Secret Recipe, Jaya Jusco Bukit Raja. Makanannya banyak pilihan dan sedap juga tapi harganya mahal. Tapi dah alang kepalang aku jarang pergi ke sana, tak apalah.. sekali sekala. Aku ni kalau pergi ke tempat yg jarang2 pergi mestilah kena makan benda2 yg jarang ada kat tempat lain tapi semlm aku teringin pula nak makan Tom Yam Kung, padahal kedai tom yam bersepah2 kat Klang ni. Lain kali aku kena ingat utk makan western food lah pulak!

Skrg ni tengah tunggu gambar utk di upload.. hubby tak sihat pulak minggu lepas, so banyak kerja tak siap lagi. Nanti bila gambar dah siap, aku akan update lagi..