Wednesday, November 23, 2005

Raya 2: Family Gathering


More pics kat my fotopages.

Hari Raya for me is all about family. Masa yg sangat baik utk berkumpul, berjumpa dan bermesra dengan kaum keluarga. Aku rasa orang sekarang dah semakin kurang nilai kekeluargaan. Nak berbual ditelefon pun susah, semuanya guna SMS. Sayang rasanya kalau tradisi menghantar kad raya hilang begitu saja. Kalau dulu dapat juga menghias rumah dengan kad-kad yg dihantar kaum keluarga dan sahabat handai.

Aku memang mengatur giliran beraya, tahun ini di rumah keluarga hubby, tahun hadapan di rumah keluarga aku pula. Kalau tak dibuat macam tu, tentu kecil hati kedua-dua orang tua. Bayangkan ada yg setiap tahun beraya dirumah mertua, alasannya kerana tinggal berdekatan rumah mak dan ayah sendiri, tiap-tiap hari dah jumpa!

Takkanlah sama hari-hari biasa dan hari raya? Sedari lahir mak dan ayah yg membesarkan kita dan setiap kali raya mereka beria-ia menyiapkan kita dengan pakaian baru dan kasut baru... sekarang bila kita dah berkeluarga sendiri, mereka langsung tak berpeluang menyambut pagi raya bersama-sama. Kita cuma nak menggembirakan keluarga mertua dengan beraya bersama mereka setiap tahun... sedangkan mak dan ayah kita sendiri masih terbayang2 keceriaan wajah kita setiap kali raya. For those yang sanggup buat mak dan ayah mereka macam ni, ingatlah! Hari Raya hari yg sangat istimewa, tak sama dengan setiap hari yg kita lalui bersama-sama orang tua. Biar tinggal serumah tapi mereka pun ada keinginan untuk beraya dengan anak dan cucu masing2. So buatlah giliran....