Friday, September 22, 2006

Happy Anniversary to my blog......

Mak aihh, punyalah lama tak update blog ni sampai aku tak ingat langsung yg blog aku ni dah setahun rupa2nya. Kalau tak buka blog ari ni mesti tak perasan lansung. Entahlah lately ni malas betul nak ngadap PC, mungkin salah satu sbbnya ialah AF dah habis. Pastu blog2 fav. aku pun banyak yg dah tak diupdate olh tuanpunya masing2. Blog Sultan Muzaffar pun dah tak semeriah dulu, mungkin sbb kerjaya barunya di Astro. Aku pun dah lama tak keluar berjalan2 dgn family, so tak banyak gambar2 nak share. Gambar my princess yg latest dok ada dlm handphone lagi. Lagipun Mimin dah makin nakal.... seronok melayan si cantik manis yg sorang tu. Tu satu lagi sbb kenapa tak byk masa nak update blog. Ah banyaklah alasan kalau dah malas tu... hehehe... Anyway aku seronok sbb berjaya mempertahankan blog ni selama setahun dan insya'allah mungkin sampai Mimin besar.

Dan hari Ahad ni Ramadhan datang lagi, so aku ucapkan Selamat Berpuasa kat semua umat islam di Malaysia. Rasa sekejap aje dah nak raya lagi.......

Happy Anniversary Blackpepper!

Sunday, August 06, 2006

Mission accomplished

the end of Akademi Fantasia mlm tadi, menyaksikan Faizal jadi juara dan Haziq berjaya di Final sepertimana yg aku harapkan. Walaupun tak puashati sbb Lotter dpt Vios tu but atleast the so call Diva tu tak jadi juara sudah! Cuma aku kurang puashati dgn persembahan Haziq yg tak all-out masa lagu Cubit-cubit Tanda Sayang.

Yg paling aku suka about the konsert last night ialah persembahan Tasha, Leez, Shaz dan Hazama........ harap2 they will try their luck again next year. All the best utk Faizal dan Haziq. Harap2 Faizal tak lupa diri dan tolong abahnya bayarkan hutang2 abah buat mengundi Faizal.... welcome back to the real world.

Vince, Zahid, MAWI dan Faizal........... jejaka terhangat dipasaran!

Friday, July 21, 2006

Ala... Yasmine dah besar la!

Isk... Tu la pasal asyik sibuk ngan AF je, tak perasan lak my princess dah besar. Apa taknya, dah boleh buka pintu bilik sendiri dah. Bercakap pun laju semacam je. Nak tengok Mimin check out my fotopages. Itu pun dah lama tak hupdet tu!

Check it out.....

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu kelapan)

Hik!Hik!Hik! tengah tengok ulangang konsert ke-7, suka Dealova - Faizal. Esok nak tengok Marc Anthony @ Haziq (Favorite song juga tu!). Minggu ni diari mmg xtra bosan le, asyik tgk Haziq moody je sbb Leez dah kluar. Yg lelain pun dah start buat hal sendiri, makin kurang orang makin tak mesra pulak me tengok bebudak ni... Masa AF3 dulu, atleast ada Marsha & Mawi yg sweet couple gitu. Tapi kat konsert ke-7 ni yg paling aku suka tengok ialah Siti Nurhaliza. Dia ni mmg contoh penyanyi yg orang nak tengok & nak beli... suara sedap dan muka lawa.... da Bomb!

Dah hujung2 ni aku rasa mmg AF4 takde kick sgt le, tapi sbb semangat nak selamatkan dak Haziq, aku vote le jugak! Tapi final nanti confirm aku vote Faizal!!!!

Boring le kalau final nanti cuma 3 orang je.............

Tuesday, July 11, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu ketujuh)

Untuk melabelkan peminat sebagai buta seni, aku totally disagree.... yang lebih tepat mungkin buta hati. Macam peminat Farhan misalnya, once mereka menganggap suara Farhan hebat sampai bila2 pun mereka rasa suara Farhan hebat WALAUPUN Farhan nyanyi lagu dangdut sebijik macam orang nyanyi lagu BORIA!!!! Sampai membuatkan aku rasa mual dan loya dgn puji-pujian yg tak kena tempat tu. Bila part Amirul pula, walaupun dia perform best sgt malam tu, ada juga bloggers yg tergamak mencarutkan persembahannya... ish!ish!ish! Ini ke yg dipanggil buta seni?????

Yang pastinya cikgu cikgi kat dlm AF4 tu memang terasa bila pelajar2 diorang dikondem... contoh Cikgu Syafi, dia rasa komen Adnan supaya Haziq serakkan suara masa nyanyi lagu rock tak perlu sebab dia yg ajar Haziq nyanyi macam tu dan mmg kalau dengar balik (dengar aje! jgn tengok visual) suara Haziq lantang dan bertenaga. Aku rasa yg pengkritik2 ni jadi bias sgt ialah bila mereka dah buat statement siapa yg mereka suka dari awal2 lagi.

Minggu ni mungkin diorang nak keluarkan Haziq pasal tu bagi lagu makanan dia supaya Haziq tak ralat nanti.... aku rasa undian tahun ni tak telus sebab aku undi Haziq 10x Sabtu lepas tapi cuma 6 je yang lepas, yg lain masuk lepas habis konsert. Itu juga yg terjadi pada undian Amirul dan Faizal agaknya, sebab lepas diumumkan undian Farhan tertinggi mlm tu, tiba2 keesokkan hari Amirul pula yg berada ditangga teratas... mungkin banyak undian utk pelajar lain tak dapat masuk akibat talian jam. Farhan tak patut dpt undian banyak kalau berdasarkan persembahan malam tu... buruk giler, she was a total GPK! (Sesekali teringin jugak nak hentam peserta favourite blogger bodoh tu yg suka mencarutkan peserta2 lain.)

Kemasukan Leez dlm AF4 hanya utk surprise... ok le jugak sbb dah takde benda nak tengok kat AF4 tu... semuanya bosan. Bila ada orang baru mesti cikgu cikgi tension terutama Korie/Linda nak kena ajar step segala... pastu kalau Leez perform bagus sgt Sabtu nanti, biar padan dgn muka juri2 masa Prelude tu yg tak ambil Leez dari awal2... kuang! kuang! kuang!

Hari ni terbuka sudah rahsia cinta Leez & Haziq bermula di Holiday Villa... patutle aku tengok romantik semacam je. Pastu bila Haziq nyanyi lagu Tan Sri SM Salim tu, aku pun rasa nak nangis juga, yelah mana tau kalau2 Leez mmg berpura2 je suka kat Haziq, sedey kan kalau dipermain2kan... dibandingkan kisah cinta Nana & Burn, Rosma & Khai, Adam & Farah, Ekin & Yazer atau Felix & Akma..... aku rasa kisah Leez & Haziq yg paling jujur, ikhlas dan nyata. All the best untuk Haziq & Leez!

Vote for Tak Seindah Wajah...........

Wednesday, July 05, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu keenam)

Apalagi yang dapat aku katakan bout AF4... kalau dulu setiap kali ulangan konsert AF pasti aku tercongok di depan TV tapi skrg terus tukar channel lain. Why? Why? Why? Selama 3 musim aku menjadi fanatik AF.... mmg tak silap lagi, tenaga pengajar merupakan punca utama AF4 tak berseri. Pemilihan peserta peringkat awal yg dibuat oleh Ajai dll ternyata hanya syok sendiri. Bayangkan seseorang seperti Ajai yg mempunyai masalah dlm teknik nyanyiannya sendiri cuba mengajar orang lain menyanyi dgn betul.... macam ketam mengajar anaknya berjalan betul!!!!

Dah minggu ke-enam, aku masih tak dapat mencari juara dlm diri setiap pelajar AF. Mungkin me perlu menggunakan sentimen 'Melayu Jati' untuk memastikan Faizal & Haziq berada di tangga teratas... tambahan lagi gaya minah yg kononnya bakal juara itu semakin meloyakan tekak. Terserlah sudah keperibadian si konon bakal juara itu.

Juara2 AF yang lalu mmg mempunyai masalah tersendiri. Masalah Vince yg aku minati dlm AF ialah memilih genre muzik yg kurang digemari. Zahid juga memilih gaya urban yg kurang dapat diterima oleh pakcik/makcik di kampung-kampung. Masalah Mawi pula lebih kepada kisah peribadinya yg sensasi setanding dgn kisah cinta CT Nurhaliza....

Dan sekiranya Farhan juara, bertambah satu lagi masalah artis besar kepala.... kuang!kuang!kuang!

Sunday, July 02, 2006

Al-Fatihah...

untuk Asmawi Bin Ani... tabahlah dlm menghadapi dugaan ini. Hidup mati jodoh dan rezeki semuanya ditangan Allah, terimalah qadha' dan qadarnya.

Wednesday, June 28, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu kelima)

Konsert minggu ke empat, aku lebih seronok menonton Pirates of the Caribbean di Ch61. Selepas itu aku naik tidur tanpa perlu tertunggu2 siapa yg terkeluar sbb siapa pun yg terkeluar aku dah tak kisah. AF4 bukan lagi Akademi Fantasia yg dinanti2kan setiap minggu. Peserta2 tiada personaliti menarik, tiada persaingan yg ketara, lagu 2 utk mempromosi Pengetua dan Tenaga Pengajar... pengkritik pun dah tetapkan pemenangnya so apa lagi yg nak ditonton???

Zila terkluar bukan satu kejutan kerana dia mmg tidak berkembang didalam sana. Cuma aku tak jangkakan peningkatan Haziq dan aku hanya vote Haziq sbyk 4 kali saja minggu lalu.

Minggu ini hanya ada Salima, Velvet dan Farhan.... melihat kepada ketiga2nya, aku memilih Salima utk ke final, tentu seronok dapat mendengar alunan lagu arab darinya di malam akhir nanti. Lagipun Salima satu2nya gadis melayu terakhir dlm AF4 apa salahnya menyokong bangsa sendiri, hehehe! Velvet pula mungkin satu2nya wakil negeri Sabah tahun ini.

Yg lelaki pula ada Haziq, Faizal, Diddy, Amirul dan Lotter. Faizal pastinya difinal so me memilih utk vote Haziq bagi merealisasikan impiannya memperjuangkan lagu2 melayu asli.

Kenapa tidak Farhan??? For me kalau Farhan juara sekalipun albumnya tak mungkin terjual ... lihat saja Dina, Adibah Noor dan ramai lagi yg sewaktu dgnnya yg digahkan bersuara hebat! Lagipun utk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa pun Dina masih perlu menyanyikan lagu Melayu utk bergelar juara.

Tambahan lagi si lengan geleber ni suka sgt dedah ketiak, dedah dada dan punggung (lihat diari), kalau dah juara nanti entah apa pula yg nak didedahkan. BTW kat korang yg tak buta seni tu... tak dengar ke yg kat tekak Farhan tu ada banyak kahak????

Walaupun Salima terkeluar dan aku vote habis2an utk dia sikit pun aku tak ralat sbb gerak hati aku kuat mengatakan Salima ada potensi dan bakal menyerlah jika terus melahirkan album lagu2 irama padang pasir.

Walaupun pengkritik semakin bias, begitu juga Astro... namun Farhan tak mungkin jadi juara... percayalah!

Saturday, June 24, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu keempat)

Aduh...!! semakin bosang AF4 ni skrg. Semuanya diatur dan dirancang... takde surprise langsung. Personaliti bebudak tu pun nampak terlalu berhati2 mungkin bimbang dikutuk. Takde kemeriahan, takde keriangan langsung. Dah tu lagu2 yg diberi pun tak mencabar dan tak menarik. Nak jadi apa AF4 ni??????? Me seminggu ni pun tak berapa teruja nak tonton diari sbb tiada fokus yg menarik.

Minggu lepas Rich terkluar, minggu ni mungkin pelajar lelaki lagi? Mmg me perhatikan Zila selalu jadi mangsa pakaian, begitu juga Salima. Mungkin sbb kedua2nya memilih utk tidak seksi. Velvet tak kisah sbb dia bukan melayu dan Farhan lebih bertambah mudah... beri pakai singlet saja pun boleh kot!!! Sudah tentu Zila tak akan memakai baju yg menampakkan ketiak dan lengan geleber seperti Farhan walaupun dia akan kelihatan elegant!

Walaupun gaya persembahan Farhan baik tapi itu sbb dia mendapat lagu genre kesukaannya... lagu2 lama. Kenapa tak suruh Farhan nyanyi lagu baru yg rancak dan memerlukan dia menari??? Persembahan Farhan selama 3 minggu nampak statik dan stereotype aje. Versatile ke begitu????

Tak kisah la siapa pun yg korang suka, setakat ni me suspect Faizal juara sbb dia membawa aura Zahid, simple dan kelakar... dan boleh bawa semua genre lagu. Juara AF4... lelaki lagi, percaya tak????

Thursday, June 15, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu ketiga)

"Kerna terpaksa aku melangkah pergi....." itu antara baris lirik lagu yg Karen nyanyi kat konsert ke-2. Minggu ni sapa pulak yg dapat lirik lagu nak kluar dari AF?????

Realitinya diari AF4 semakin membosankan sehingga ramai blogger AF yg tak rajin dah nak update ulasan diari. Aku pun tak tau nak kata apa except komplot bebudak tu kononnya bergaduh besar dlm diari smlm sempat le buat aku terkejut beruk sambil bersorak dlm hati "terkluarlah kau minggu ni Amirul!". Rupa2nya berlakon aje!!

Bila dah minggu ketiga ni, aku dah pilih 3 nama utk ke final... Faizal, Velvet & Haziq. Kenapa Haziq?? Seperti Haziq aku juga penggemar lagu2 tradisional, so mmg perlu Haziq mengukuhkan kedudukannya dlm industri muzik supaya ada kesinambungan dlm irama ini. Velvet pula mempunyai gaya nyanyian seperti Jaclyn Victor, bertenaga dan hidup tetapi lebih lembut dan tidak terjerit2 seperti Jac. Faizal pula mengingatkan aku kepada Allahyarham Sudirman yg sgt aku minati hingga ke hari ini.

Yang lain2 terpaksa tunggu & lihat dulu terutama Zila kerana aku rasa kesal juga sbb Zila ada suara yg sedap tetapi tidak tahu improvise cara nyanyiannya. Aku tak mungkin pilih Farhan kerana dah terlalu ramai artis bersuara unik (kononnya) seperti beliau. Kita ada Adibah Noor, Idayu AF3, Nikki, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dll... tapi tak satu pun seistimewa Siti Nurhaliza.

Untuk minggu ketiga ini, aku akan nantikan persembahan Salima kerana menyanyikan genre musik yg asing baginya. Aku juga akan terus mengundi Haziq kerana semangatnya utk memperjuangkan irama tradisional, cuma kalau boleh jgn lenggoknya berlebih2an pula sbb lagu ni mmg favorite aku satu ketika dulu. Good luck to Haziq...!

Friday, June 09, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu kedua)

Before me review (nak jugak!) Diari minggu ni... me kena bagitau ttg ketensionan about this blog. Hari tu masa me nak edit me first posting in this blog, tah apa ke jadahnya tiba2 posting tu hilang terus.... sakitnya hatiku. Dah tu posting about Me & Adli pulak tu.... dah lah posting tu yg paling me suka, arghhh.... Dah ni tak berani nak usik mana2 posting lama, satgi hilang lagi, naya!

Well back to this week diaries... what to say, bosang! bosang! bosang! (ala2 Faizal gitu). Me ni malas nak review pasal konsert, sbb mostly yg buat pelajar2 slack kat konsert ialah cikgu2 diorang. Bayangkanlah apa yg diorang buat kat stage semua diajarkan oleh cikgu2 tu, tapi diorang yg sedap2 kena hentam dek pengkritik... Meh me tengok sikit apa keja cikgu2 kat AF ni.

1. Ajai - Membimbing para pelajar dalam mendapatkan lenggok suara yang betul di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi sedia ada.

Masa Haziq nyanyi dgn lenggok terover tu, Ajai yg suka dan suruh dia buat camtu... pastu Haziq gak yg kena kutuk.

2. Fauziah Nawi - Beliau ditugaskan membantu pelajar dalam pengurusan dan penguasaan pentas di dalam setiap persembahan. Juga membantu pelajar mendalami dan menghayati serta cara-cara penguasaan emosi dan pembinaan karaktor.

Tak pernah aku nampak dia ajar bebudak tu cara2 menguasai pentas masa menyanyi... asyik nak ajar berteater aje, pastu bagi bebudak tu melalak tak tentu hala. Patutlah bebudak AF1 & AF2 dulu ramai yg jadi pelakon aje.

3. Corrie Lee - Selain mengajar pelajar asas gerakan tarian, beliau akan bertanggungjawab membantu pelajar untuk melakukan persembahan di khayalak ramai.

Dia nilah dalang yg buat show bebudak tu jadi hambar atau kelam kabut, kali ni ada ke bebudak tu rancang sendiri corak persembahan diorang?

4. Linda Jasmine - Selain mengajar pelajar asas gerakan tarian, beliau akan bertanggungjawab membantu pelajar untuk melakukan persembahan di khayalak ramai.

Cikgu tari berdua ni perlu kreatif sikit lah... kata pro, takkanlah nak suruh bebudak tu perbodohkan diri kat stage. Contoh kes Amirul tu, dah tau budak tu kecik tak payahlah bubuh ramai2 orang kat atas stage tu... pengkritik hentam tenaga pengajar bukannya Amirul, sian dia.

5. Sham Kamikaze - Beliau ditugaskan membantu pelajar dalam pengurusan dan penguasaan pentas di dalam setiap persembahan.

Selalu sgt bebudak AF ni kena hentam pasal penguasaan pentas dan showmanship... mana2 cikgu2 bertauliah depa ni?????

6. Dr. Fazley - Beliau ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar AF dari segi mental & fizikal. Beliau juga merupakan orang yang akan memberi keyakinan dan kata perangsang apabila pelajar menghadapi masalah. Beliau turut mengendalikan kelas bahasa Inggeris.

Setahu aku kalau nak motivate org kenalah bagi semangat, bukan suruh nangis. Kalau nak kasik diorang nangis aje dan insaf ke apa namanya, itu dah jadik Tazkirah. Asyik kasik down bebudak tu aje.......

7. Kevin Zahri - Bertanggungjawab dalam aspek pemakanan dan kecergasan pelajar. Memastikan dan mengawasi diet pemakanan yang betul dan tahap kecergasan pelajar sentiasa dalam keadaan baik.

Dia ni makan gaji bute ke apa??? Apasal kelas senaman dia tak buat, asyik2 Linda Jasmine pulak yg ajar buat stretching (betul ke ejaan ni?). Dah tu yg sibuk2 nak timbang bebudak tu kenapa, kan diorang juga yg bagi bebudak tu baham macam2 benda. Mana si Kevin time makan??? Apsal dia tak sediakan menu yg sihat utk diet bebudak tu... mana dia? mana dia?

8. Syafizawati - Membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan.

Sekurang2nya suara Syafi ni sedap dan sesuai le nak ajar vokal kat bebudak tu... cuma kalau dia boleh ajar si Amirul tu cara2 nak keluarkan suaranya tu lagi bagus. Paling bagus kalau dia dapat keluarkan aje si Amirul tu... he he he...

9. Ramli Sarip - Ia merupakan kedudukan tertinggi dalam senarai carta organisasi dalam Akademi Fantasia. Sebarang keputusan mengenai masalah disiplin dan akademik terletak di tangannya.

Me lebih suka Ramli MS yg turut mengadakan kelas utk pelajar2nya... Ramli Sarip kena selalu turun padang utk memastikan tenaga pelajar ajar benda yg sepatutnya, bukan ajar benda2 bodoh kat dalam Akademi tu!


Kesimpulannya... tenaga pelajar tak buat kerja mereka, sepatutnya mereka yg perlu di kritik bukan pelajar2 tu.

Minggu ni diari yg paling worst sekalik.... Bebudak tu asyik melalak aje me tengok. Dah jadi drama airmata dah! Astero ni nak jadi apa, yg tunjuk benda2 mengarut dan tak penting tu nak buat apa??? Tak boleh ke diorang fokus lebih kat personaliti tiap2 pelajar tu... ni tak asyik2 tunjuk emosi aje, dah tu emosi melalak aje pulak tu!!! Orang nak tengok jugak bebudak ni macamana kalau duk sorang2, hobi diorang, kisah dibalik tabir ke apa benda... bukannya nak tengok muka cikgu2 diorang atau reaksi diorang dimarah cikgu!!! Yg pastinya si Farhan yg berlagak tua/kakak kat bebudak tu semua mmg menjengkelkan perasaan bukan me saja tapi rasanya bebudak pompuan kat dlm tu pun dah mula terasa bosan dgn lagaknya!!!!

Apa2 pun minggu ni me stil pilih Haziq (sbb lagu Kian), dan Zila (sbb suara dia sedap). Faizal kena tengok dulu dia nyanyi lagu rock minggu ni walaupun dia ni takde masalah rasa2nya. Kesian Karen sbb dapat lagu yg agak down macam tu, mesti bosan giler... woi ini semua lagu2 yg tersenarai dlm AFLAGU ke??? Rugi la korang AFLAGU sbb lagu lain yg bebudak tu kena nyanyi .. kuang... kuang... kuang...

Tuesday, May 30, 2006

Me & Akademi Fantasia 4.. (minggu pertama)

Gambar dari web Astro.

Hai...hai...hai... macam2 komen dah me baca ttg pemilihan peserta Akademi Fantasia 4. Me sendiri tak berkesempatan menonton konsert prelude sepenuhnya kecuali persembahan Diddy, Zila, Lotter & Salima. Walaupun kurang terpikat dgn persembahan Diddy tapi me rasa suaranya mmg baik. Zila pula nampak comel sgt, suaranya juga sgt jelas dan bersih... rasa-rasanya aura Zila juga boleh tahan sbb me dah mula mengundi beliau hari ini. Lotter pula me tak dapat bayangkan dia menyanyi lagu lain dgn suaranya itu. Salima.... tiada yg menarik baik dari segi suara mahupun persembahan.

Melihat pada diari semalam me menjangkakan Farhan akan terkeluar awal walaupun dikatakan mempunyai vokal yg hebat. Sikapnya yg over di kaca TV mungkin akan membuat ramai penonton meluat. Lotter juga gemar menonjolkan diri dihadapan kamera.... terlalu! Haziq langsung tak kelihatan dlm screen TV malam tadi... membuatkan me konpius.

Untuk minggu pertama ini, pilihan AF4 me ialah Haziq & Zila..... vote for them ok!

Vote di talian tetap : Haziq, Dail 13705 dan Zila, Dail 13712.

Jeng! Jeng! Jeng! Diari ke 6 hari Rabu sibuk fokus pada Faizal yg tak hafal lirik. Dan Zila nampak rapat dgn Faizal (mungkin sbb dua2 spesies Melayu ori)... tetapi disebalik tu me nampak sesuatu sedang berlaku antara Haziq (pun spesies melayu ori) dan Zila di dapur.... lihat aje cara Haziq memandang Zila sewaktu sessi menari dgn Faizal. Boleh tahan jugak dak Zila ni!

Diari ke 10 minggu ni memperlihatkan sikap Velvet & Farhan yg tak relevan dgn AF... seorang sibuk makan, seorang lagi sibuk mengurut, mengarut giler! Both of them tak nampak serius belajar pun, mungkin rasa diri dah bagus dan suara sedap sgt le tu....

BTW me lihat kedudukan peserta yg nyanyi bagus2 semuanya di tangga 6 terakhir. Yang berada di tangga 6 teratas, dalam diari pun dah nampak hampeh.... nak buat camna. Dulu yg mengutuk Mawi semua kata pengundi buta seni.... nampak gaya semua yg buta seni sajalah yg mengundi tahun ni, he he he. Masalahnya buta2 seni pengundi pun, peserta2 tu dipilih oleh juri profesional jugak kan!!! Kuang! Kuang! Kuang!

Friday, May 12, 2006

Me dan kesibukan (kemalasan) melampau....

Fuyoo.... dah lama rupanya me tak hapdet blog ni. Lebih sebulan dah! Kenapa ek??? Rasanya selain dari agenda PIBG sekolah, takdelah sibuk sgt...mungkin me takde idea atau kisah menarik nak share ngan korang dan kemungkinan paling besar sekali me dah semakin malas.

Sebenarnya rumah me sedang diubahsuai dan tahap kesemakan dlm rumah sgt kritikal, itu yang membuatkan me tersangatlah malasnya nak duduk ngadap PC (dan juga mengadap kerja2 lain!). Entahlah mungkin bila rumah dah siap nanti me akan ada banyak masa nak hapdet blog ni...insya'allah, dlm bulan depan siaplah kot!

Sementara itu me akan terus melayani kemalasan dalam diri me ini, sambil2 melayan Akademi Fantasia 4 dengan malas sekali (cause me tak suka Ajai!). Ramalan awal me utk AF4 ialah cucunda Allahyarham P. Ramlee adalah salah seorang pesertanya (kerana P.Ramlee tentunya!).

Jumpa lagi bulan depan....

Thursday, April 06, 2006

Me & music...

This little princess bernama Yasmine mmg adorable tapi perangai tak mcm princess pun.
Semalam jatuh sbb memanjat ampaian baju, dah benjol kepala. Hari ni pulak kaki kena kaca sbb pecahkan balang kaca kat rumah nenek.
Dah tu sempat juga memanjat tingkap 2 kali. Yasmine... yasmine!


Hari ni mood me sedang menyeberang, tgh cuba menyelami musik yg mendominasi negara kita sendiri.... dengar lagu dari seberang, Indonesia! Ada lagu Chrisye, Dewa, Padi, Peterpan, Shiela On 7, Kris Dayanti, Melly Goeslaw, Rossa, Radja, Ratu dan ramai lagi.... Teringin juga nak pergi menonton konsert yg ditaja hotlink di KL tapi bimbang dengan kebanjiran warga Indonesia yg sudah pasti ribuan akan memenuhi stadium!

Sebenarnya musik Indonesia bukan perkara baru dlm hidup me. Semenjak kecil me telah biasa dengan lagu2 Benjamin S, Hetty Koes Endang malah Asmidar Darwis yg mungkin langsung korang tak kenal! Me dad mmg selalu bawa balik pita kaset dari Indonesia setiap kali belayar ke sana. Mmg me kagum sebenarnya dgn kemajuan musik yg ditonjolkan oleh artis2 mereka.

Me bukan sekadar mendengar melodi dan senikata sesebuah lagu, tetapi susunan musik yg kemas dan kreatif membuat me teruja dgn sesebuah lagu itu, contohnya lagu nyanyian Chrisye berjudul Semusim, kepelbagaian bunyi-bunyian dlm lagu tu pada me sgt unik dan menarik.

Di dlm Malaysia me hanya mampu mengagumi vokal seseorang penyanyi bukannya lagu mereka... for me tahap penciptaan lagu2 di Malaysia masih lagi jauh berbanding musik Indonesia. Sebab itu kita dapati musik luar dari barat dan indon mudah mesra dlm industri negara kita, kerana kita sendiri dahagakan hiburan yg excellent bukan sekadar biasa-biasa saja.

Pun begitu sistem penapisan telinga me tetap berfungsi dgn baik sbb bukan semua dari luar itu sedap telinga mendengar mahupun mata memandang. Sepertimana artis tempatan, me juga amat selective dlm meminati artis luar. Maklumlah me bukan sekadar pendengar, me sendiri seorang penyanyi... me menyanyi semenjak dibangku sekolah rendah hingga sekolah menengah tapi tak minat nak teruskan sbb dulu mmg takde akademi fantasia, malaysian idol mahupun one in a million! So me mmg tak buta seni, me sgt teliti ttg vokal dan lagu yg baik... cuma selera kita mungkin berbeza.

Dlm pada tu me dapati lagu Laskar Cinta dari kumpulan Dewa @ Dewa 19 semakin rancak berkumandang dicorong2 radio. Lagunya absolutely menarik cuma waktu korus tu suaranya menjadi sgt sengau sekali... tapi me suka lagunya.

Okeylah, cukup dulu pasal musik seberang... mungkin sebentar lagi mood me akan berubah kepada lagu irama malaysia pula, or irama hindi.. who knows!

Wednesday, March 29, 2006

Ntah apa-apa...

"Adli"

"Alia"

"Yasmine"


Apa yg ntah apa2 ni??? Actually, last Sunday (26 Mar 2006), me terpaksa pergi Mesyuarat Agung PIBG kat sekolah anak me...maklumlah AJK! Ntah camna kali ni teruk sgt perjalanan meeting... can you imagine duk kat sekolah tu dari pagi kul 8 tapi the meeting ends kul 4 ptg!! Mesyuarat amende tu? Setau me mesyuarat kabinet pun tak lama camtu!!! Me ni memanglah AJK PIBG tapi we all tak terlibat dengan aturcara so bila kelam kabut camtu, takkan we all pulak yg disalahkan... ntah apa2 ntah!

Okeylah, me mls nak citer pasal PIBG ni tapi sepanjang bulan April ni nampak gaya selalu sgt le cikgu-cikgi kat sekolah tu nampak muka me... tahun depan mau diorang vote me jadi YDP ke NYDP kan.... macam le me takde kerja lain.

Me ni sibuk mengasuh dak "Alia" tu yg seminggu lagi nak sambut harijadi yg pertama. Tak pasal2 nak kena give up jaga Alia pulak nanti.... Dah tu nak tinggalkan si Yasmine pun satu masalah, bukannya me ada babysitter. Adli pula mmg kaki mengekor, pantang me nak kluar sibuk nak ikut, nasib baik dah pandai jaga diri sendiri.

Hubby mmg bising kalau me aktif PIBG tapi me suka sebenarnya sbb ada benda nak buat dari duk saja2 kat rumah, asyik pening layan anak2... nanti stress mcm cikgu2 tu yg sampai kena breast cancer, kencing manis, darah tinggi dan sakit jiwa... bahaya juga kan!

Itulah yg me baca kat paper hari ni.... guru-guru stress sebab workload. Ayoyo! sampai macam tu sekali ke? Itulah pasal diorang ni, kalau PIBG suggest nak bagi motivasi setahun sekali, tak terima... kata PIBG cari salah diorang. Sebenarnya motivasi tu kat mana2 syarikat yg besar2 memang selalu ada utk staff, untuk menaikkan semangat diorang juga kan! Ini tak, asyik2 stress, macam le kerja lagi susah dari pekerja am Alam Flora.. ntah apa2 ntah!

Me pun ntah apa2 la asyik membebel je ni... tapi sebenarnya tgh pening sbb nak kena packing balik barang2 dapur... seminggu dua lagi nak start renovation.... matile me mengemas minggu ni... bebudak yg takleh harap tu semua nak camping kat sekolah le konon... ntah apa2!!!

Oklah me chow dulu...

Monday, March 20, 2006

Me & Cuti Sekolah





























Akhirnya sekolah bermula lagi.... Me rasa lega sgt hari ni sbb akhirnya dpt juga update blog ni, something yg me tak terdaya nak buat during school holidays! Bukan apa, cuti cuma seminggu so malas nak post bebudak tu ke kampung. Maka beramai2 le mereka kat sini pada cuti sekolah ni, dgn pelbagai kerenahnya.... terutama dlm membuat sepah di merata-rata tempat. Rasanya rumah me yg paling banyak sampah setiap hari kat sini... nasib baik ada si Adik (budak Alam Flora) yg bertugas membuang sampah setiap hari kalau tak tentu dah jadi landfill rumah ni!

Satu lagi reason me tak update blog ialah malas nak on PC... sbb bebudak tu kalau nampak je PC on mesti nak enterframe, tengok katun le, main game le.... Mimin pun sibuk juga.. nak tengok ikan!!! Cuma hari sekolah camni je yg aman utk me mengadap PC, itupun sekejap je lah sbb lepas ni nak uruskan pulak anak2 asuhan me tu. Dah dekat masa diorang nak balik dah... about 1, 2 hr lagi je.

Hari ni pulak tak dpt access web Berita Harian & Harian Metro... kenapa ek?? Anyway dah baca news kat Utusan Malaysia dan Malay Mail... takde yg menarik.

Hari ni 'Teacher' bebudak ni dtg kat rumah makan tgh, asyik puji me masak sedap... you guys nak try tak? Tapi masak sendiri le, ok... resepi me bagi:

Ikan Masak Lemak Cili Api

Didihkan 2 mangkuk Air dlm periuk, masukkan 4,5 pcs Asam Keping, masukkan 2,3 pcs serai yg diketuk. Kisar Bawang Besar, Bawang Putih dan Cili Api ikut suka berapa banyak pun. Masukkan kedlm periuk dan tambah sedikit serbuk kunyit. Biar mendidih dan masukkan Ikan (Kembung atau Selar Besar). Kecilkan api dan masukkan Santan dari sebiji kelapa. Kacau sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa... dah siap utk dihidang.

Selamat Mencuba!


.

Friday, March 10, 2006

Me and gossips........

Me menyampah, muak dan meluat betul hari ni... dlm me sibuk nak baca berita terkini pasal ribut, tiba2 kat muka depan HM dan BH ribut betul dgn kisah misteri cinta CT. Me agak tergezut jugalah sbb wartawan HM dan BH sanggup guna cara murahan utk nak jual akhbar mereka. Rasa macam tgh baca Mingguan Perdana lah pulak!

Me ni memang dari dulu sukar sikit nak percaya gossip2 artis yg kluar kat paper. Kalau dah disahkan sendiri oleh artis tu barulah me boleh terima. Tapi gossip tentang CT dan Datuk K ni dah masuk tahap melampau, sampai sanggup print besar2 cakap2 dari sumber??? Selalunya kalau dtg dari sumber mana2 ntah, pasti heboh kat ruangan gossip je.

Yg bertambah konpius tu, kononnya sumber tu kata baru nak masuk meminang tapi camna dah siap tetapkan tarikh dan tempat nak bersanding tu???? Pelik! Pelik!

Tahulah yg Berita Harian tu akhbar melayu No.1 kat Malaysia ni tapi tak payahlah gelojoh sgt nak menarik pembaca dgn cara kotor macam tu. Langsung takde hati perut.... macamlah CT tu takde mak bapaknya, macamlah Datuk K tu takde keluarga!

Me ni peminat setia CT semenjak Bintang RTM lagi... tapi me tak kisah pun pasal live peribadi dia. Dia nak kahwin ke tidak, dgn siapa pun me tak peduli. Me cuma menyanjung bakat yg ada pada CT. Walaupun CT seorang artis yg kononnya milik masyarakat tapi tak perlulah sampai mengongkong hidup CT.

Tak sangka sampai macam ni sekali harga yg perlu dibayar kerana menjadi Artis No.1 Malaysia.... Mawi dah sedia ke????

Wednesday, March 08, 2006

Me and the policemen... apa remp-it?

Me ni bukan fobia dgn polis or benci tahap dewa kat diorang. Arwah datuk me polis, cousin me pun polis tapi entah mengapa...ewah cam lagu lak pulak. Me menyampah giler kalau ternampak kelibat anggota polis, terutama polis peronda!

Dan kebetulan semalam me ternampak 2 org anggota polis peronda ni tengah menahan seorang kanak2 lelaki bawah umur (dlm 11-13 tahun) yg bawa motosikal kat kawasan perumahan ni. Budak tu ambil adiknya yg baru balik tadika. So kisahnya polis 2 orang ni, asyiklah menyoal siasat budak tu di tepi jalan tanpa memperdulikan adik budak tu yg baru berusia 6 tahun. Punya lama me peratikan sikap polis 2 orang ni.

Memanglah satu kesalahan budak bawah umur bawah motosikal, takde lesen, bawa adik kecil lagi tu. Tapi tak boleh ke polis berdua tu sekurang2nya menghantar kedua2 budak ni balik ke rumah dulu, berjumpa ibubapa bebudak tu atau penjaga mereka. Nampak cam tak berhati perut aje.....

Kesudahannya me tak tau sbb me gerenti yg budak tu takde duit nak sogok polis 2 org tu tapi memang confirm lama betul budak tu berdiri kat tepi jalan. Adiknya pun dah hampir nak menangis dah me tengok. Geram betul tengok perangai polis camtu.

Dengan mak bapak budak tu pun me geram jugak... kenapa lah anak kecik2 dah bagi bawa motor. Memang selalu juga me nampak budak2 dalam umur 9 - 15 thn dah dibiarkan bawa motor kat sini. Selalu juga yg jatuh patah tangan dan sebagainya tapi mak bapak diorang ni tak serik2.... bengang betul me rasanya. Bukan setakat kat bandar je, kat kampung2 pun macam tu juga!

Ni pulak ada yg nak buat citer Remp-It, bertambah menjadi-jadi lah budak2 kecik ni..... apalah punya bodoh buat citer camtu. Budak2 ni bukan reti pun bab2 nasihat atau pengajaran... yg diorang nak tengok cuma aksi rempit tu je, lepas tu diorang pulak yg buat kat jalan.

Mak bapak salah, polis makan rasuah, anak-anak dapat celaka.... itulah kisahnya.

Kalau apa yg me kisahkan diatas berlaku pada waktu pagi, pada sebelah petangnya malapetaka yg sgt2 me bimbangkan benar2 berlaku berhampiran tempat tinggal me. Apalagi yg me mampu katakan... malang tak berbau????

(Harian Metro - 9 Mac)

Tangisan tanpa air mata
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Fazallah Pit

KLANG: Kesedihan melampau dan tergamam akibat kehilangan dua anak sekaligus menyebabkan Mohd Atmin Shuib menangis tanpa mengalirkan air mata berjam-jam sehingga dia dipapah untuk membuat pengecaman di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, malam kelmarin.

Mohd Atmin yang ditemui di rumahnya di Tanjung Syawal, semalam menceritakan bagaimana dia lemah seluruh tubuh melihatkan anaknya, Mohd Aizat, 12, dan Mohd Amirul, 9, terbujur di tepi jalan di Kampung Teluk Kapas, Lebuhraya Shapadu.

Katanya, pada hari kejadian, dia tidak dapat bertemu dengan Mohd Aizat kerana keluar ke sekolah.

Mohd Atmin, pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran pula masih tidur, manakala Mohd Amirul hanya sempat disapa seketika pada tengah hari kelmarin.

“Macam mana saya tidak sayu apabila tiba-tiba melihat mereka terbujur tanpa nyawa.

“Seorang terbaring di sebelah kiri jalan, seorang lagi di sebelah kanan. Saya mahu mendakap kedua-dua mereka tapi tidak berdaya. Jadi saya mendakap mereka seorang demi seorang sambil menangis tanpa air mata,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang kelmarin, Mohd Aizat dan Mohd Amirul bersama dan rakan karib mereka, Akmaludin Yusof, 16, terbabit dalam kemalangan yang berlaku hanya satu kilometer dari tempat Nur Salina Saparedi, 7, yang terbunuh dirempuh trailer ketika melintas jalan untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Mei tahun lalu.

Mereka dipercayai keluar dari rumah untuk memancing ikan, tetapi bergesel dengan sebuah trailer kosong yang datang dari arah Pelabuhan Utara menuju bandar ini.

Mohd Aizat dan Mohd Amirul meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Akmaludin cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Selepas kelihatan begitu sugul malam kelmarin, Mohd Shuib, 45, akhirnya dapat bercerita mengenai anaknya itu walaupun selalu terganggu oleh perasaan sebak.

Katanya, ketika mendapat panggilan telefon daripada isteri, Miskiah Ali, kira-kira jam 6 petang, dia segera pulang ke rumah sebelum bersama-sama pergi ke tempat kejadian.

“Apa yang dapat saya katakan lagi, mereka meninggal dunia serentak.

“Saya tidak dapat menahan perasaan melihat wajah mereka yang cedera dan berdarah. Saya menangis tetapi entah mengapa tidak ada air mata yang keluar,” katanya.

Mohd Atmin berkata, kedua-dua anaknya itu memang ramah dan mudah mesra dengan orang lain termasuk di kalangan orang dewasa.

Dia bersama dua beradik itu memang gemar memancing dan selalu menghabiskan masa bersama di kolam pancing.

Dengan sifat yang ada pada Mohd Aizat dan Mohd Amirul, mereka memang dikenali di kalangan kawan-kawan Mohd Atmin.

“Sekarang kawan-kawan saya akan terasa kehilangan mereka,” katanya.

Miskiah, 40, pula berkata sejak tiga hari terakhir lalu, Mohd Aizat pergi ke sekolah tanpa bersalam dengannya seperti selalu.

“Dia terus keluar rumah dengan tidak bersalam atau mencium pipi saya,” katanya.

Menurut Miskiah, kedua-dua beradik itu memang sangat akrab dan jarang berpisah walaupun pergi ke mana.

“Mohd Aizat dan Mohd Amirul juga akan bermain dengan Akmaludin selepas sekolah. Memang mereka sangat rapat,” katanya.

Sementara itu, polis masih siasat kejadian sebenarnya yang menyebabkan kedua-dua mangsa mereka terbunuh kerana tidak dapat mengesan tanda geselan atau darah pada trailer yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati badan trailer berkenaan tidak mempunyai kesan calar atau tanda yang menunjukkan ia bergesel dengan motosikal yang dinaiki dua beradik bersama seorang lagi rakan mereka, petang kelmarin.

“Pemeriksaan setakat ini tidak menemui tanda calar pada badan trailer itu, begitu juga dengan kesan darah pada tayarnya yang boleh dikaitkan dengan menggilis budak terbabit,” katanya di sini petang semalam.

Walaupun gagal mengesan tanda pada trailer berkenaan, kata Junaidi, polis masih meneruskan siasatan lanjut.

Tuesday, February 28, 2006

POPULARITI VS KREDIBILITI

Semalam me ada terbaca statement kat satu blog tu yg kata "Populariti tidak melambangkan Kredibiliti". Me pun jadik tak berapa faham kenapa pula orang yg popular takde kredibiliti? Kalau sungguh kenapa dia boleh popular??? Setahu me seseorang Menteri pun menjadi popular apabila kredibilitinya menyerlah. Popular juga tak bermakna seseorang tu mukanya selalu keluar majalah Mangga dengan aksi dedah sana-sini.

Bagi me semua yg menang ABPBH 2005 baik pengacara, pelakon mahupun penyanyi telah membuktikan kredibiliti masing2 sebab tu mereka popular. Contoh terbaik Fasha Sandha yg teruk menerima sindirin Makcik Fauziah Nawi tu.... lakonannya dlm drama Natasya mendapat perhatian melebihi lakonannya didalam filem kerana wataknya yg mengundang simpati ramai. Bermakna populariti itu datang setelah beliau berjaya membawa satu watak yg disukai ramai dgn baik. Begitu juga dengan Maya Karin, kejayaan beliau memenangi beberapa award diluar negara ternyata membuka mata pembaca berita harian. Beliau telah membuktikan kredibilitinya kpd penonton untuk melakonkan watak Puntianak yg jarang dapat dilakonkan.

Linda Onn dan Halim Othman ternyata yang terbaik dlm bidang mereka. Celoteh yg bersahaja dan suara yg memikat pendengar, kebijakan mereka menangangi pemanggil, itu lambang kredibiliti mereka. Rosyam Nor? Perlukah kita pertikaikan kredibiliti hero melayu ini? Me meminati lakonannya sejak dia mula berlakon sebagai watak sampingan sahaja dan sehinggalah dia menjadi nama besar, dia dah buktikan kredibilitinya sebagai pelakon yg terbaik.

Saiful Apek bukan pelawak buatan. Sifatnya begitu semulajadi, tanpa Saiful, Senario menjadi hambar. Saiful dimana2 pun kelakar. Bukan sekadar didlm frame. Tiada lawak yg dibuat2.... lihat saja gelagatnya berkasut roda mlm itu! Tak mungkin Afdlin Shauki seberani itu!!!!

Farah pula bagi me adalah bayangan Cik Siti Nurhaliza. Sopan, cantik dan berpendirian. Suaranya tersendiri tidak meniru sesiapa, kemampuannya menyanyi live juga tidak dapat disangkal. Pakej yg dimiliki oleh Siti ternyata berada dlm diri Farah...itu yg menjadikannya lebih popular berbanding penyanyi baru yg lain.

Masih nak persoalkan kredibiliti Siti Nurhaliza ke? Popularitinya sedikit menurun mungkin kerana gossipnya bersama Datuk K yang kurang disenangi oleh peminat2nya. Tapi kredibiliti beliau adalah hasil kerjanya selama ini.... lihatlah dimana Siti berada sekarang.

Mawi.... adakah dia tidak boleh menyanyi live? Adakah suaranya sumbang kelaut? Adakah dia penagih dadah? Adakah dia peminum arak? Adakah dia kaki perempuan? Adakah dia popular kerana dia botak???? Sudah tentu tidak. Dia popular kerana kredibilitinya sebagai seorang anak muda yg berasal dari Felda tetapi mampu mengubah nasib keluarganya. Seorang anak muda yg tidak berpelajaran tinggi tetapi tetap utuh pegangan agamanya. Remaja hari ini ramai yg boleh menyanyi dgn baik, boleh bermain alat muzik tapi berapa kerat yg boleh mengaji dengan baik? Berapa ramai yg boleh membaca doa selamat???? Doa makan pun belum tentu mereka lulus!

Dimana kredibiliti Jamal Abdillah yg juga seorang Qari tetapi terjebak dgn najis dadah dari usia muda lagi. Dato' Sharifah Aini yg juga seorang Qariah juga tidak dapat lari dari melakonkan watak seorang pelacur yg berpakaian terdedah sini-sana pada usia mudanya. Dan kini beliau seolah2 cuba menarik perhatian dgn kemampuannya membaca Al-Quran. Dia ni memang seorang manipulator! Inilah faktor2 yg menghancurkan kredibiliti seseorang artis. Maka tak hairanlah kredibiliti ini dikaitkan dengan populariti.

Ternyata populariti Mawi bukan dinilai lahiriah sahaja. Mawi dinilai berdasarkan kredibilitinya pada masa ini. Masa hadapan belum dapat dijangka, oleh itu Mawi perlu mengecapi populariti yg ada dengan sebaik mungkin.

Kepada artis2 lain diluar sana..... fikir2kanlah dimana anda berdiri. Peminat telah lama memberi signal tentang cara2 utk mempopularkan diri. Terpulang sekiranya anda tak mahu berubah..... Tetapi perubahan yg positif ternyata menarik me utk meminati Ning Baizura kembali. Welcome back Ning!

Kesimpulannya No Kredibiliti No Populariti.... ada faham?!!!!

Monday, February 27, 2006

A Special Day......



Well, semalam memang hari yg istimewa buat me..... No! bukan sebab Mawi menang bessar tapi semalam ialah birthday Amirul Hafiz Danial aka "Abang" yg ke 11. Yep, anak sulung me dah berumur 11 tahun walhal rasanya baru je lagi me bernikah ngan abahnya! Saat2 manis mengandung dan melahirkan Abang pun masih lagi diingatan. Maklumlah anak pertama, perasaan sgt teruja dan bermacam-macam lagi. Sekarang Abang dah mula berlagak macho... tapi manja dan suka merengek, selalu nak tarik perhatian terutama kalau me sibuk melayan Ad & Mimin.

Me akui yg me agak kasar dlm mendidik anak2 terutama berkaitan dgn pelajaran. Kalau tak siap kerja sekolah pasti me akan merotan. Alhamdulillah, me dapat balance masa garang tu dgn masa bergurau senda dan melepak2 with them. Sebab tu segarang mana pun me dgn Abang, dia tetap mahu berbaring diriba dan minta dibelai mcm adik2nya.....

Yg me pelik sikit tu... hampir setiap tahun me berpeluang menyambut harijadi Abang. Mungkin dah mmg rezeki dia, semlm me bawa Abang dan cousin2nya ke kolam renang utk memotong kek. (Sayangnya birthday Adik jatuh pada waktu sekolah nak dibuka...mmg sibuk sgt masa tu. Insya'allah me akan cuba juga buat majlis harijadi Adik tahun ni...)

Me tgh cuba nak scan gambar2 Abang dari baby lagi utk load kat me fotopages. Abang comel sgt masa kecik2.... in the mean time tengok dulu gambar2 potong kek pada 26 Feb 2006, ok.

Sunday, February 26, 2006

ABPBH 2005...... Mawi buktikannya!




Alhamdulillah......... walaupun Mawi yg bertambah kaya-raya, me tetap bersyukur kerana kejayaan Mawi adalah lambang kejayaan peminat-peminatnya. Siti pun menang lagi.... yahoo!

Memandangkan Mawi menang besar seperti yg me jangkakan, so malas ah nak review keseluruhan ABPBH 2005 ni. Lagipun artis2 yg buat persembahan semua nyanyi lagu tak best kecuali Mawi & M Nasir yg mmg meletop! Pengacara especially Kak Engku cakap laju sgt, tapi sayang Kak Engku.

Pastu best jugak nengok bila artis-artis kurang popular tu beri anugerah kat Siti, cam tak suka je...kan!kan!kan!

Cuma satu je yg me tak puashati iaitu penyampai anugerah bagi Penyanyi Nasyid Popular..... iaitu Fazura dan Maria Arshad tu, tak boleh ke suruh pakai baju yg sopan sikit??? Berita Harian yg tak peka atau artis2 tu yg pekak?

Tribute to Dato' Ahmad Nawab pun tak menjadik. Sepatutnya Dato' AN sendiri yg perlu tiup saksofonnya disamping lagu2nya disampaikan oleh artis2 orinya seperti Hail Amir, Uji Rashid, Dato' Pah, Ramlah Ram, Siti Fairuz dll. Kan diorang tu semua hidup lagi, buat apa nak suruh orang lain yg nyanyikan?

Kesimpulannya Berita Harian masih lagi tak belajar dari kesilapan tahun2 lalu.

Hanya satu yg dapat dibuktikan di ABPBH 2005 ini.... Akademi Fantasia is the best reality TV show ever. Nama Adam, Farah, Zahid dan Mawi membuktikan segalanya. Walaupun sebanyak mana TV3 cuba menonjolkan bintang2 Mentornya, tapi lihatlah dunia, Akademi Fantasia datang lagi!!!!


Congratulations MAWI & SITI...........love both of you!

Saturday, February 25, 2006

Me and Dari Studio Satu Mawi...





Sebenarnya me baru selesai menonton Dari Studio Satu Mawi di Astro Ria. Me nie memang peminat AF tapi semua rancangan mcm Reunion ke, Dari Studio Satu dsb.nya selalu je miss. Yelah bukannya sehari suntuk mengadap TV. Maka akhirnya dapatlah me menonton siaran ulangan DSS Mawi malam ni. Tak sangka.... dari awal sampai akhir me langsung tak bergerak atau menukar siaran sewaktu iklan! He's amazing, me terhibur hanya dengan mendengar suara dan melihat muka Mawi. Suara dia walaupun terserak disana-sini tapi tetap membuatkan me teruja.

Selesai saja rancangan DSS tu, me menekan channel 2, tak sangka the not so talented Fauziah Latif is on air. Maka terpanggillah me utk membuat komentar ni.... kenapa? kenapa? Kalau ramai yg membenci Mawi yg kononnya tidak berbakat.... what the hell is this Fauziah Latif doing in the industry for more than 10 years???? Harap muka lawa je (sekarang tak berapa lawa dah!)... suara sedap ke? Me dengar semput je!

So there you are... apa yg best pada me mungkin tak best pada you all. Dan apa yg mungkin best pada you all, mungkin tak sedap langsung pada me. It's a fair world. Cantik rupa atau merdu suara, itu benda subjektif.... so mungkin me agak kejam kerana mengkritik Fauziah Latif tapi itulah hakikatnya. Bila kita terlalu suka dengan sesuatu/seseorang kita akan mula merendah-rendahkan sesuatu/seseorang yg lain.

For me its better for us to support our favourite artist than to critic others. Kalau you tak minat Mawi segiler mana pun... please! tak payah kutuk2 dia. Lebih elok you all berusaha menaikkan nama artis yg you all minat sepertimana Mawi FC lakukan. Kan pepatah ada mengatakan yg "customer always right". So kalau Mawi yg dimahukan, dont blame the fanatics, it's not their fault.

Lagi satu, kat you all yg mengata peminat Mawi buta seni... thanks to you. At least now we know that kerabat2 diraja, dato'2 menteri, Iman Wan & M Nasir tersangatlah buta seninya... hehehe...

BTW esok ada ABPBH... me harap Mawi dan Siti akan menang besar. All the best to both of them. Sayang Siti, Love Mawi! (Ayang Jangan Mare..okee).

Wednesday, February 08, 2006

What A Day!





Actually baru half the day, aku rasa nak pengsan sgt... reason??? Nampak tak budak baju kaler kuning tu? That is my nephew yg baru umur 4 tahun tapi dah pandai lari dari rumah, actually dia lari dari my house balik ke rumah dia yg almost 500 m jauhnya. Maka terpaksalah aku berlari marathon hari ni almost 1 km utk memastikan dia betul2 balik rumah dgn selamat... ceh! Itupun terjadik masa aku in the middle of cooking lunch utk bebudak yg nak pi sekolah. Camna boleh jadi macam tu? Sebenarnya budak jendul ni kat rumah my other sister, selang 3 pintu dari my house. Tapi kerana my sister tu tegur dia sikit aje, terus dia tersentap dan merajuk.. & terus lari balik rumah. My sister ingatkan dia balik ke sini. Luckily my neighbour nampak dan panggil aku yg sibuk kat dapur. Gerammmm betul....!

Kegeraman seterusnya dtg dari anak dara abah yg semakin mengganas sekarang ni... that little girl kat bawah tu, hari ni telah membuat kekacauan yg terlampau!

1. dia telah menyepahkan abu rokok abah kat meja komputer tu,
2. dia telah membaling botol susu dlm pinggan nasi semasa ibu menyuap Alia, dan
3. dia telah menyebabkan bidai manik ibu tercabut.

Sudahlah semalam dia melakukan aksi-aksi super ganas sehingga tergolek-golek! Hari ni rasanya aku akan terpengsan seawal jam 8 mlm. Dan kalau aku bernasib baik mungkin tak tersedar sewaktu hubby masuk tidur sbb mlm tadi aku berjaga hampir 4 jam tak boleh nak tidur balik.

Well the day isn't over yet... tak tau what's coming up later. Sekarang ni aku tgh mendownload lagu jepun utk my anak sedara sambil mendengar lagu Untuk Terakhir Kali versi Siti Nurhaliza. Aku suka lagu ni... Mimin pulak tgh sibuk melihat gambar ikan dlm buku, tengok muka mcm dia tgh bengang sbb aku marah. Nak buat apa... anak abah!

Monday, February 06, 2006

Me & AJL 20

Jeng! Jeng! Jeng!

Ha... selalunya lepas tamat apa2 Majlis Anugerah, aku mesti sibuk menyelak blog bloggers lain mcm Blog "Sultan Muzaffar and the gang" to be exact... nak baca ulasan dan komen la. Tapi coz aku dah ada blog sendiri, hari ni aku juga akan buat ulasan utk Majlis AJL20 yg berlangsung semalam di PWTC. Sebenarnya aku malas nak tengok AJL tahun ni tapi ntah camane petang smlm terrrtengok 'Carpet Merah', kebetulan Siti Nurhaliza yg menang kategori Juara Lagu paling Popular antara 19 Juara Lagu yg lepas! Anggunnya Siti semlm so aku ingatkan Siti akan perform rupa2nya jadi juri. Tak sangka pulak! Bila barisan Juri dikenalkan, aku mmg dah jangka M Nasir dan Hazami akan menang. Mawi... kalau Jamal Abdillah digelar Raja Pop, well Mawi layak bergelar Raja SMS. Mcm aku jangkakan Mawi dan Hazami menang malam tadi... nak tau kenapa?? Baca dululah ulasan ni!


1. Zehra Zamri (Irama Malaysia) - Sela.. whatever.

- Entah apa yg menarik sgt kat lagu ni pun aku tak tahu.. mcmnya Pak Ngah gabungkan lagu Balqis, Nirmala, Hati Kama dll dlm satu lagu. The very idea basi, langsung tak berevolusi! Persembahan pun biasa aje... lagu yg aku rasa tak layak ada kat final.


2. Azharina (Balada) - Elegi Sepi

- Aku mmg tak suka suara minah ni semenjak Bintang RTM lagi, dan mlm tadi suaranya sengaja dibesarkan lagi... dia ni pun takde karisma. Lagu Elegi Sepi ni memang aku tak suka sebab ada unsur2 tak sampai (takde high note). Bosan!!!


3. V.E (Pop Rock) - Pop Ye Ye

- Lupa lirik???? V.E = Ruffedge. Kalau buat persembahan live, tak harmoni, kelam kabut, kacau bilau... semua ada.


4. Rohana Jalil (Irama Malaysia) - Taat

- Ni satu lagi lagu yg tak patut ada kat final... BTW cantik betul 'tudung' makcik Botox ni ye, berkaler-kaler walhal penari2 semua ala2 bertudung gitu. Bebudak kecik tu pun reti bertudung makcik oi! Patut tajuk lagu ni ditukar kpd 'Tenat'.


5. Ning Baizura (Balada) - Awan Yg Terpilu

- Baju kurung? Kain batik? Kaki ayam? Tikar mengkuang? oh my! apalah punya 'cheap' gimik dia ni... tapi Ning nampak cantik sgt bila pakai camni, aku suka! But when it come to Soprano, it's a No! No! No! Aku rasa lagu ni kalau Ning nyanyi dengan suaranya yg sebenar tentu lebih sedap dan boleh menang utk kategori ni.


6. Adam (Pop Rock) - Tak Tahu

- Hampir terlupa tentang lagu ni... mmg persembahan yg mudah dilupakan. Mcm tengok Adam buat persembahan kat konsert Akademi Fantasia je rasanya kecuali part tarian mmg banyak improvement. Tak Tahu merupakan lagu feveret Mimin, but still keseluruhan persembahan tak memuaskan.


7. Noraniza Idris (Irama Malaysia) - Ayuh Juragan

- Komen dari Abang & Adik, "Penari dia asyik tunjuk 'bonxxx' je, Bu". Frankly saying Noraniza should stop sending this kind of song to Juara Lagu. Kalau utk persembahan kebudayaan mungkin sesuai, tapi lagu ni terlalu bising dan kecoh utk AJL.


8. Jaclyn Victor (Balada) - Wajah

- Aku dpt bayangkan kalau Siti yg nyanyi lagu ni, tentu aku sedang meleleh airmata mendengarnya. Tapi Jac tak menghayati lagu ni dgn baik, unsur RnB yg ditambahnya merosakkan lagu, I was so dissapointed.


9. Zainal Abidin (Pop Rock) - Gaia

- Muka Zainal buat aku teringatkan dokumentari National Geographic ttg Cimpanzi yg makan budak tempohari.... Suaranya? He sang like Tarzan. Persembahan? Macam sarkas, ada ular, ada api, ada akrobat, mcm mcm ada... but this is AJL bukannya konsert mingguan Akademi Fantasia Bang Zainal oi...


10. Mawi (Irama Malaysia) - Aduh Saliha

- Oh Mawi Yang Tercinta, he he he, bukan bias tau tapi penari2 mmg almost invisible masa tu. Cuma tengok Mawi, dengar Mawi dan vote Mawi... and that butterfly dlm perut yg selalu dtg masa Mawi di AF, dtg balik masa ni! Mlm tadi Mawi sound excellent and at his best... No Doubt! Mawi mmg boleh nyanyi live.


11. Jaclyn Victor (Balada) - Gemilang

- Sebenarnya tak concentrate sgt masa ni coz sibuk SMS utk Mawi tapi tak lepas, line jam ke hapa.. elok juga jimat sehinggit duit Me. But Jac nyanyi sama je mcm masa final MI dulu, tak banyak evolution. Mungkin juga adlib yg berlebih2 tu mencacatkan sedikit kecantikan lagu ni mlm tadi..


12. Hazami (Pop Rock) - Katakan

- Aku bukan peminat Hazami (terutama karakter lembutnya itu) tapi bila tengok persembahan malam tadi, aku enjoy sgt ngan lagu ni dan aku kagum dgn vokal Hazami. Suara dia lebih energetic dan macho mlm tadi dari versi recording. Aku mmg jangka dia menang... aku suspect kalau Mawi tak menang persembahan terbaik, Hazami would.


Selingan.... my oh my... Julie Sudiro sang beautifully but the rest was kinda hampeh. For me the music evolusi should be shown this way;

1. Julie Sudiro disambut oleh Dayang Nurfaizah, lepas tu
2. Al-Jawaher disambut oleh kumpulan Rabbani
3. Amy Search disambut oleh Tam Spider
4. Jefriden disambut oleh Ruffedge (Goyang)
5. Dato' SM Salim dengan lagu asli yg lama dan gandingan Entah Jadi Entahkan Tidak bersama Shiela Majid.
6. Kumpulan Too Phat pula dari lagu rap 'Anak Ayam' ke lagu "Alhamdulillah".
7. Juara Bintang Radio disambut oleh Juara Rancangan Realiti TV.

Lagipun hip hop dan rap bukan yg terkini, benda ni dah wujud semenjak the 80's... so tak perlulah tonjolkan everything dlm bentuk rap... it's just a crap!

Berbalik ke AJL, pengacara Cheryl Samad mmg comel. Walaupun terpaksa mengacara dgn 'gear 1' kekadang terbabas juga, lebih2 lagi bila Farah Fauzana yg tak reti menggunakan brek mula bercakap... asyik terbabas je. Kadang2 si Farah ni mcm mengunyah je ayat2 tu.. Overall konsep yg dikenakan oleh pengacara jemputan nampak menjadik terutama Ally Iskandar dan Amy Mastura.. kelakar giler. Cuma dalam AJL kali ni tak berapa nampak formal sgt. Pengacara semua santai dan masa nak bagi piala pun tak teratur.

Dan keputusan mlm tadi ialah........

Juara Keseluruhan - Gemilang (Aubrey Suwito)
Juara Balada - Gemilang (Aubrey Suwito)
Juara Pop Rock - Katakan (Hazami)
Juara Irama Malaysia - Aduh Saliha (M Nasir)
Vokal Terbaik - Hazami (Katakan)
Persembahan Terbaik - Mawi (Aduh Saliha)

Well, setakat ini sajalah ulasan aku utk AJL20. Tobat lain kali tak buat lagi... or mungkin tidak! Lepas ni APBH pulak kan.... jumpa Mawi di sana! Eh! lupa lak kat Siti...

Tuesday, January 31, 2006

Happy New Year !!!!!!


Assalammualaikum. Hai... hepi new year semua! soli lah sudah masuk chinese new year, hari ni betul2 tahun barukan... (Maal Hijrah) tapi takpe kan... two in one ma! Masa 1st Jan tu aku tgh busy giler menyiapkan anak2 punya keperluan sekolah, sampai le hari ni (tgh holiday lagi) baru le aku ada kesempatan nak hapdet blog ni... ishhh dah banyak sawang dah ek. Yang pastinya tahun baru ni aku memang sibuk le, A'ad dah masuk preschool so aku kena mengajar dia juga, Adik dah naik Year 3, Abang next year nak UPSR pulak, terkejar2 nak bantu diorang study. Jiran2 pun merayu-rayu mintak aku buat kelas tambahan utk anak2 diorang.. malas sebenarnya tapi aku buat juga kelas utk murid tahap 2 on Saturday. Pastu kenit2 yg aku babysit pun masing2 dah umur 4 tahun, aku luangkan sikit masa utk ajar diorang juga. Kalah cikgu dah ni.....

Bila cakap pasal cikgu, awal2 tahun dah sakit telinga mendengar kerenah guru2 kat sekolah anak aku tu. Yelah, ramai betul cikgu2 yg perangai cam Hitler ni, asyik kerja nak menghukum anak orang je. Kalau darjah 5, 6 tu mungkin alasan dah reti bahasa le tapi ni bebudak tahun 1 & 2 pun diorang nak cubit, nak ketuk kepala, ketuk ketampi. Ayoo.... apa ni??? bebudak tu baru je nak kenal alam persekolahan dah diajar dgn keganasan. Apalah cikgu2 ni belajar kat Maktab Perguruan tu?? Benci lah aku... dulu2 masa aku sekolah rendah terutama darjah 1 sampai darjah 3, takde pun cikgu2 yg garang cam singa tau... sbb tu aku suka pergi sekolah. Bebudak sekarang ni ramai yg kena buli ngan cikgu tu sebab bila besar sikit diorang buli orang lain...!

Aku memang izinkan guru anak aku rotan kalau anak aku nakal atau degil tapi rotan kat tangan je lah... tak payah le nak penampar anak orang, ketuk kepala ke apa kebende, nanti anak orang tak pandai... cikgu salahkan mak bapak pulak. Bukan apa, anak aku kata ada kengkawannya di sekolah yg ditampar guru semata-mata tak bawa buku dan ada yg diketuk dikepala dgn pembaris kalau tak siap kerja sekolah. Aku nak ingatkan cikgu-cikgi kita ni, anak-anak murid tu amanah orang tau. Mak bapaknya amanahkan kat cikgu-cikgi utk ajar anak diorang kasi pandai, kalau bebudak tu tak pandai maknanya cikgu-cikgi ni tak amanah lah. Sama gak ngan mak bapak, anak-anak kita tu amanah Allah, kalau tak asuh elok2 maknanya kita tak amanah...

Rasionalnya pada aku kalau mak bapak pukul anak2 takpe sbb kita yg lahirkan dia, besarkan dia, bagi makan lagi tu. Yg cikgu-cikgi pun sibuk2 nak pukul anak2 kita apesal? Kalau pun diorang dah curahkan ilmu kat bebudak tu, bukannya free, diorang dapat gaji kan?? So reti2 le sempadankan tugas dan emosi... aku cuma boleh berharap dan berusaha supaya anak2 aku berjaya dlm pelajaran supaya tak jadi mangsa buli cikgu-cikgi kat sekolah, insya'allah.

Sebenarnya sebelum tutup sekolah tahun lepas, aku sempat menghadiri Hari Anugerah kat sekolah anak aku. Adik dapat tempat pertama dlm kelas. Abang pulak dapat cenderahati utk bahagian Kokurikulum. Gambar2 ada kat Me Fotopages.

Dan lepas raya tahun lepas juga berlansung Majlis Berkhatan Beramai-ramai kat sekolah dan hampir 60 org pelajar terbabit. Aku bertungkus lumus menyiapkan pelamin utk Majlis tu. Nasib baik dibantu oleh mak bapak bebudak yg terlibat tu. Bengang juga sbb tak ramai cikgu-cikgi yg turun utk support kerja yg kitaorang (mak bapak dlm PIBG) buat. BTW Majlis tu meriah dgn kehadiran YB Dato' Abd. Rahman Palil yg turut memberi sumbangan utk Majlis tersebut. Jom tengok gambar bebudak tu kat sini.

Satu lagi alasan aku utk tidak meng'hapdet' blog dlm bulan Dec... anak sedara bertunang lah pulak! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nak tengok barang hantaran kat sini lah jugak, ek!

Ok lah, nanti bebila aku tak busy macam ni, aku akan hapdet you guys dgn info terkini.. sebelum tu aku ucapkan tahniah kat rakyat Malaysia coz awal-awal Muharam lagi kita dah ada Tallest Lord Muruga Statue. See you guys later..... bye.