Wednesday, March 08, 2006

Me and the policemen... apa remp-it?

Me ni bukan fobia dgn polis or benci tahap dewa kat diorang. Arwah datuk me polis, cousin me pun polis tapi entah mengapa...ewah cam lagu lak pulak. Me menyampah giler kalau ternampak kelibat anggota polis, terutama polis peronda!

Dan kebetulan semalam me ternampak 2 org anggota polis peronda ni tengah menahan seorang kanak2 lelaki bawah umur (dlm 11-13 tahun) yg bawa motosikal kat kawasan perumahan ni. Budak tu ambil adiknya yg baru balik tadika. So kisahnya polis 2 orang ni, asyiklah menyoal siasat budak tu di tepi jalan tanpa memperdulikan adik budak tu yg baru berusia 6 tahun. Punya lama me peratikan sikap polis 2 orang ni.

Memanglah satu kesalahan budak bawah umur bawah motosikal, takde lesen, bawa adik kecil lagi tu. Tapi tak boleh ke polis berdua tu sekurang2nya menghantar kedua2 budak ni balik ke rumah dulu, berjumpa ibubapa bebudak tu atau penjaga mereka. Nampak cam tak berhati perut aje.....

Kesudahannya me tak tau sbb me gerenti yg budak tu takde duit nak sogok polis 2 org tu tapi memang confirm lama betul budak tu berdiri kat tepi jalan. Adiknya pun dah hampir nak menangis dah me tengok. Geram betul tengok perangai polis camtu.

Dengan mak bapak budak tu pun me geram jugak... kenapa lah anak kecik2 dah bagi bawa motor. Memang selalu juga me nampak budak2 dalam umur 9 - 15 thn dah dibiarkan bawa motor kat sini. Selalu juga yg jatuh patah tangan dan sebagainya tapi mak bapak diorang ni tak serik2.... bengang betul me rasanya. Bukan setakat kat bandar je, kat kampung2 pun macam tu juga!

Ni pulak ada yg nak buat citer Remp-It, bertambah menjadi-jadi lah budak2 kecik ni..... apalah punya bodoh buat citer camtu. Budak2 ni bukan reti pun bab2 nasihat atau pengajaran... yg diorang nak tengok cuma aksi rempit tu je, lepas tu diorang pulak yg buat kat jalan.

Mak bapak salah, polis makan rasuah, anak-anak dapat celaka.... itulah kisahnya.

Kalau apa yg me kisahkan diatas berlaku pada waktu pagi, pada sebelah petangnya malapetaka yg sgt2 me bimbangkan benar2 berlaku berhampiran tempat tinggal me. Apalagi yg me mampu katakan... malang tak berbau????

(Harian Metro - 9 Mac)

Tangisan tanpa air mata
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Fazallah Pit

KLANG: Kesedihan melampau dan tergamam akibat kehilangan dua anak sekaligus menyebabkan Mohd Atmin Shuib menangis tanpa mengalirkan air mata berjam-jam sehingga dia dipapah untuk membuat pengecaman di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, malam kelmarin.

Mohd Atmin yang ditemui di rumahnya di Tanjung Syawal, semalam menceritakan bagaimana dia lemah seluruh tubuh melihatkan anaknya, Mohd Aizat, 12, dan Mohd Amirul, 9, terbujur di tepi jalan di Kampung Teluk Kapas, Lebuhraya Shapadu.

Katanya, pada hari kejadian, dia tidak dapat bertemu dengan Mohd Aizat kerana keluar ke sekolah.

Mohd Atmin, pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran pula masih tidur, manakala Mohd Amirul hanya sempat disapa seketika pada tengah hari kelmarin.

“Macam mana saya tidak sayu apabila tiba-tiba melihat mereka terbujur tanpa nyawa.

“Seorang terbaring di sebelah kiri jalan, seorang lagi di sebelah kanan. Saya mahu mendakap kedua-dua mereka tapi tidak berdaya. Jadi saya mendakap mereka seorang demi seorang sambil menangis tanpa air mata,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang kelmarin, Mohd Aizat dan Mohd Amirul bersama dan rakan karib mereka, Akmaludin Yusof, 16, terbabit dalam kemalangan yang berlaku hanya satu kilometer dari tempat Nur Salina Saparedi, 7, yang terbunuh dirempuh trailer ketika melintas jalan untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Mei tahun lalu.

Mereka dipercayai keluar dari rumah untuk memancing ikan, tetapi bergesel dengan sebuah trailer kosong yang datang dari arah Pelabuhan Utara menuju bandar ini.

Mohd Aizat dan Mohd Amirul meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Akmaludin cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Selepas kelihatan begitu sugul malam kelmarin, Mohd Shuib, 45, akhirnya dapat bercerita mengenai anaknya itu walaupun selalu terganggu oleh perasaan sebak.

Katanya, ketika mendapat panggilan telefon daripada isteri, Miskiah Ali, kira-kira jam 6 petang, dia segera pulang ke rumah sebelum bersama-sama pergi ke tempat kejadian.

“Apa yang dapat saya katakan lagi, mereka meninggal dunia serentak.

“Saya tidak dapat menahan perasaan melihat wajah mereka yang cedera dan berdarah. Saya menangis tetapi entah mengapa tidak ada air mata yang keluar,” katanya.

Mohd Atmin berkata, kedua-dua anaknya itu memang ramah dan mudah mesra dengan orang lain termasuk di kalangan orang dewasa.

Dia bersama dua beradik itu memang gemar memancing dan selalu menghabiskan masa bersama di kolam pancing.

Dengan sifat yang ada pada Mohd Aizat dan Mohd Amirul, mereka memang dikenali di kalangan kawan-kawan Mohd Atmin.

“Sekarang kawan-kawan saya akan terasa kehilangan mereka,” katanya.

Miskiah, 40, pula berkata sejak tiga hari terakhir lalu, Mohd Aizat pergi ke sekolah tanpa bersalam dengannya seperti selalu.

“Dia terus keluar rumah dengan tidak bersalam atau mencium pipi saya,” katanya.

Menurut Miskiah, kedua-dua beradik itu memang sangat akrab dan jarang berpisah walaupun pergi ke mana.

“Mohd Aizat dan Mohd Amirul juga akan bermain dengan Akmaludin selepas sekolah. Memang mereka sangat rapat,” katanya.

Sementara itu, polis masih siasat kejadian sebenarnya yang menyebabkan kedua-dua mangsa mereka terbunuh kerana tidak dapat mengesan tanda geselan atau darah pada trailer yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati badan trailer berkenaan tidak mempunyai kesan calar atau tanda yang menunjukkan ia bergesel dengan motosikal yang dinaiki dua beradik bersama seorang lagi rakan mereka, petang kelmarin.

“Pemeriksaan setakat ini tidak menemui tanda calar pada badan trailer itu, begitu juga dengan kesan darah pada tayarnya yang boleh dikaitkan dengan menggilis budak terbabit,” katanya di sini petang semalam.

Walaupun gagal mengesan tanda pada trailer berkenaan, kata Junaidi, polis masih meneruskan siasatan lanjut.