This little princess bernama Yasmine mmg adorable tapi perangai tak mcm princess pun.
Semalam jatuh sbb memanjat ampaian baju, dah benjol kepala. Hari ni pulak kaki kena kaca sbb pecahkan balang kaca kat rumah nenek.
Dah tu sempat juga memanjat tingkap 2 kali. Yasmine... yasmine!Hari ni mood me sedang menyeberang, tgh cuba menyelami musik yg mendominasi negara kita sendiri.... dengar lagu dari seberang, Indonesia! Ada lagu Chrisye, Dewa, Padi, Peterpan, Shiela On 7, Kris Dayanti, Melly Goeslaw, Rossa, Radja, Ratu dan ramai lagi.... Teringin juga nak pergi menonton konsert yg ditaja hotlink di KL tapi bimbang dengan kebanjiran warga Indonesia yg sudah pasti ribuan akan memenuhi stadium!
Sebenarnya musik Indonesia bukan perkara baru dlm hidup me. Semenjak kecil me telah biasa dengan lagu2 Benjamin S, Hetty Koes Endang malah Asmidar Darwis yg mungkin langsung korang tak kenal! Me dad mmg selalu bawa balik pita kaset dari Indonesia setiap kali belayar ke sana. Mmg me kagum sebenarnya dgn kemajuan musik yg ditonjolkan oleh artis2 mereka.
Me bukan sekadar mendengar melodi dan senikata sesebuah lagu, tetapi susunan musik yg kemas dan kreatif membuat me teruja dgn sesebuah lagu itu, contohnya lagu nyanyian Chrisye berjudul Semusim, kepelbagaian bunyi-bunyian dlm lagu tu pada me sgt unik dan menarik.
Di dlm Malaysia me hanya mampu mengagumi vokal seseorang penyanyi bukannya lagu mereka... for me tahap penciptaan lagu2 di Malaysia masih lagi jauh berbanding musik Indonesia. Sebab itu kita dapati musik luar dari barat dan indon mudah mesra dlm industri negara kita, kerana kita sendiri dahagakan hiburan yg excellent bukan sekadar biasa-biasa saja.
Pun begitu sistem penapisan telinga me tetap berfungsi dgn baik sbb bukan semua dari luar itu sedap telinga mendengar mahupun mata memandang. Sepertimana artis tempatan, me juga amat selective dlm meminati artis luar. Maklumlah me bukan sekadar pendengar, me sendiri seorang penyanyi... me menyanyi semenjak dibangku sekolah rendah hingga sekolah menengah tapi tak minat nak teruskan sbb dulu mmg takde akademi fantasia, malaysian idol mahupun one in a million! So me mmg tak buta seni, me sgt teliti ttg vokal dan lagu yg baik... cuma selera kita mungkin berbeza.
Dlm pada tu me dapati lagu Laskar Cinta dari kumpulan Dewa @ Dewa 19 semakin rancak berkumandang dicorong2 radio. Lagunya absolutely menarik cuma waktu korus tu suaranya menjadi sgt sengau sekali... tapi me suka lagunya.
Okeylah, cukup dulu pasal musik seberang... mungkin sebentar lagi mood me akan berubah kepada lagu irama malaysia pula, or irama hindi.. who knows!