Aku heran juga sebab tiap kali hari raya ramai yg suka tengok wayang. Selain tu ada yg tak mahu kerumah jiran-jiran cause takut tertinggal rancangan TV. Rasanya aku dulu pun macam tu jugak..cuma sekarang ni dah tak lagi. Sebab?
Few months back banyak blog yang promo filem Gol dan Gincu, beria-ia mempersoalkan mentaliti rakyat malaysia yang kononnya menolak citer2 filem sebegitu. Aku tak tengok citer tu walaupun ada yg bawa balik VCDnya.. tup!tup! citer tu keluar kat TV! Hello... tu baru je tak sampai 3 bulan tak silap aku! Tak laku sangat ke citer tu? VCDnya tak terjual ke?
Patutlah orang dah malas nak tengok citer melayu sekarang ni... kat TV senang boleh tengok, free aje.. buang masa bayar tiket wayang, apatah lagi nak beli VCD! Kat sesapa yg rasa filem diorang tu bagus sangat tapi tak laku, tak payahlah nak salahkan penonton..... semuanya salah sendiri... tamak dan nak sangat cepat pulang modal, nah ambik kau! sapa nak tengok filem awak lagi????
Sayangnya bila keluar free kat TV pun aku still tak minat nak tengok filem tu... hehehe!
Wednesday, November 23, 2005
Raya 2: Family Gathering

More pics kat my fotopages.
Hari Raya for me is all about family. Masa yg sangat baik utk berkumpul, berjumpa dan bermesra dengan kaum keluarga. Aku rasa orang sekarang dah semakin kurang nilai kekeluargaan. Nak berbual ditelefon pun susah, semuanya guna SMS. Sayang rasanya kalau tradisi menghantar kad raya hilang begitu saja. Kalau dulu dapat juga menghias rumah dengan kad-kad yg dihantar kaum keluarga dan sahabat handai.
Aku memang mengatur giliran beraya, tahun ini di rumah keluarga hubby, tahun hadapan di rumah keluarga aku pula. Kalau tak dibuat macam tu, tentu kecil hati kedua-dua orang tua. Bayangkan ada yg setiap tahun beraya dirumah mertua, alasannya kerana tinggal berdekatan rumah mak dan ayah sendiri, tiap-tiap hari dah jumpa!
Takkanlah sama hari-hari biasa dan hari raya? Sedari lahir mak dan ayah yg membesarkan kita dan setiap kali raya mereka beria-ia menyiapkan kita dengan pakaian baru dan kasut baru... sekarang bila kita dah berkeluarga sendiri, mereka langsung tak berpeluang menyambut pagi raya bersama-sama. Kita cuma nak menggembirakan keluarga mertua dengan beraya bersama mereka setiap tahun... sedangkan mak dan ayah kita sendiri masih terbayang2 keceriaan wajah kita setiap kali raya. For those yang sanggup buat mak dan ayah mereka macam ni, ingatlah! Hari Raya hari yg sangat istimewa, tak sama dengan setiap hari yg kita lalui bersama-sama orang tua. Biar tinggal serumah tapi mereka pun ada keinginan untuk beraya dengan anak dan cucu masing2. So buatlah giliran....
Raya 1: Mercun


As my previous posting had mention..... accident happens! Tapi dengan pengawasan orang dewasa at least risikonya minimal. So Si Adik yang tidak berhati-hati dah jadi mangsa mercun di malam raya. But he's still kicking and running di pagi raya. Tapi, just maybe... kalau tak diawasi oleh abahnya that night.. he's a headline la di pagi raya.
Not suprisingly, jumlah kemalangan jalanraya was at the worst. Thanks to Proton yg mengeluarkan kereta raya dan menyebabkan peningkatan kenderaan di jalanraya! Someone would want to mention that on TV.....
Subscribe to:
Comments (Atom)