Saturday, October 29, 2005

Selamat bercuti...

Masa untuk balik kampung!

Jalanraya pun dah mula sesak maklumlah cuti sekolah dah bermula. Ofis dan kilang2 pun banyak yg dah tutup. Memang tahun ni istimewa betul... ramai yg berpeluang balik kampung awal. Setidak2nya pun dapat juga mengecat rumah sbb ada 4 hari lagi sebelum ber Hari Raya.

Aku akan balik ke kampung hubby pada petang Raya, banyak juga persiapan kat rumah yg tak selesai lagi, untung juga hubby dah mula cuti. Yang aku tak berapa syok tu, ramai sebenarnya anak jati Klang yg akan balik beraya disini dan menambahkan kesesakan Bandar Klang. Tak larat aku nak pergi bershopping tengah2 crowd tu.

Yg bestnya tahun ni aku ada sahabat baru yg akan sambut Deepavali, so lepas berbuka puasa nanti aku akan pergi beraya kat rumah dia. Lepas tu dia pula akan balik ke kampungnya di Port Dickson, so Maku dah jemput dia beraya kat sana nanti...

Sebenarnya aku paling lega sekarang sbb dah cuti sekolah, dapat juga aku berehat lebih sikit, takdelah terkejar2 dgn hal budak2 sekolah. Pening lebih sikit lah sbb bebudak ni kalau ada di rumah, riuh rendah jadinya.

Rasanya aku pun akan cuti update blog sampai lepas raya, so aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Deepavali!

Sambil tu jenguk2 le kat Me Fotopages.

Kena tembak...




he he he... Yasmin yg kena tembak... telinga! She got her first earings two weeks ago. Last month aku bawa dia ke kedai emas, tak plan nak pierce telinga dia pun but suddenly the idea came. So nasiblah Yasmin... meraung kat situ sikit le punya kuat. Nasib baik diorang terus shoot dua2 telinga otherwise kantoi le sebelah lagi. Tapi sekejap je, walaupun baru 15 bulan, she's a tough girl.

Nasib le abahnya kan, nak sangat anak perempuan. Kena spend lebih sikit dari biasa. Dah 10 tahun abah bela anak lelaki, sekarang bela anak perempuan asyik botak aje kepala abah... mcm Mawi le pulak! Actually botak tu nak cover uban abahnya yg dah bertambah le tu!

Hari Raya nanti, Yasmin le yg melaram sakan...

Thursday, October 20, 2005

The rainy days..

Mak aku kata kalau hujan lebat serta petir dan guruh, itu tanda ada orang2 besar nak meninggal dunia. Benar atau kebetulan aku tak persoalkan tapi hari ni our First Lady, Datin Seri Paduka Hendon Mahmood meninggal dunia setelah sekian lama menderita akibat barah payudara. - Al Fatihah - Semalam petang hujan lebat sangat sampai aku nyaris2 tak dapat tengok citer House kat AXN. Ternyata hari ni hujan tak henti2 seolah menangisi pemergian Allahyarhamah Datin Seri. Mungkin terlalu baru dan jarang dapat bersama rakyat so aku tak begitu terasa kehilangan beliau. Tetapi aku berharap dengan pemergian beliau, kita lebih prihatin dengan penghidap2 kanser yg lain yg amat memerlukan bantuan. MAKNA merupakan satu badan yg bertanggungjawab menjaga kebajikan pesakit kanser, aku selalu beli kad Hari Raya yg mereka keluarkan demi utk mengutip derma. Hopefully aku boleh buat something yg lebih berMAKNA utk mereka.

Aku baru balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di sekolah anak2 aku. Julung kali diadakan sambutannya agak mengecewakan. Mungkin juga kerana ramai anak2 yg sudah tidak kesekolah kerana telah tamat peperiksaan maka ramai ibubapa yg tak mendapat informasi tentang majlis ini. Aku pun hairan kenapalah diakhir2 persekolahan ibubapa cenderung membiarkan anak2 memonteng. Aku selalu memujuk anak2 ke sekolah walaupun tiada apa2 yg diajar atau dibuat disekolah kerana mungkin terdapat beberapa perkara yg ingin disampaikan oleh pihak sekolah melalui anak2 dan sebagainya. Aku dulu pun suka kesekolah diakhir2 kerana dapat bermain dan berjumpa rakan2 serta tak perlu belajar... kan seronok!

Hubby kata...oi panjangnya posting! Dah tu, kan dah lama aku tak posting.. almaklumlah puasa, selalunya 9 pm aku dah terlelap. Adli pula tak sihat hari ni, mungkin main hujan siang tadi... oklah aku sambung lagi later...

Monday, October 10, 2005

Puasa dan Hari Raya

Hari ni hari ke enam umat islam berpuasa. Maknanya ada 24 hari lagi nak sambut raya. Semalam aku pergi ke Jusco Bukit Raja utk belanja adik ipar aku berbuka puasa. Ramai juga yg dah mula bershopping utk Hari Raya. Sale Hari Raya pada 13 Okt nanti tapi aku rasa mereka2 yg dah bershopping awal2 ni sama macam aku juga tak suka kesesakan dan berebut2 memilih barangan yg nak dibeli. Aku pernah 3 kali berturut2 terpaksa shopping last minute pada malam raya.... aduhai, peningnya kepala aku. Sudahlah orang terlalu ramai, pilihan barangan pun tak seberapa. Dulu aku pernah tinggal di Ampang selama 6 tahun tapi sekali sahaja aku pernah bershopping di Jalan Tuanku Abd Rahman dan Masjid India, sesaknya tak terkata. Kena pula nak mengukur pakaian utk anak2 yg sibuk berlari ke sana-sini, boleh kena heart attack. Ada sekali tu si Abang baru berumur 2 tahun lebih, hilang di Sogo, kelam kabut dibuatnya. Tapi tahun ni aku tak payah nak bawa kesemua anak2 utk beli pakaian sbb saiz mereka tak banyak berbeza. Aku pilih yg mana aku berkenan, bawa balik utk mereka cuba, kalau tak muat sempatlah aku nak pergi tukar.

Aku cuba berjimat sebanyak mungkin tapi anak2 aku ni setahun sekali saja aku belikan pakaian baru, jadi banyaklah juga belanjanya. Untuk si Tiga Abdul tak masalah sangat sbb baju mereka boleh di recycle sesama mereka tapi Yasmine Sang Puteri Abah ni, bajunya dahlah sama harga dgn baju ibu... sayang pula nak membeli banyak2 sbb bila dah tak muat nanti terpaksa disimpan aje.

Tempahan biskut raya pun dah dibuat, sbb aku mmg tak reti buat kuih ditambah penyakit M tu... tahun ni cuma 4 jenis biskut wajib ada, biskut tart nanas, biskut almond london, biskut mazola dan biskut bangkit. Yg lain tu aku cadang nak beli kacang dan gula2 utk tambah2.

Tahun ni mood beraya bertambah kurang sbb tak banyak persiapan nak dibuat. Perabot masih elok, tak perlu ganti. Cat rumah pun tak bercadang nak tukar sbb baru dicat tahun lepas. Langsir dan karpet pun aku cuma keluarkan dalam bulan raya saja, maknanya boleh diguna lagi. Mungkin kena tunggu 2 minggu lagi utk ceriakan rumah, sementara tu aku berehat2 sajalah.

Setakat hari ni aku belum lagi memasak dlm bulan puasa. Aku beli 2 jenis lauk utk bersahur dan makanan berbuka juga aku beli. Pengalaman aku yg lepas2, kalau aku memasak utk berbuka nanti ada yg sibuk nak membeli itu ini kemudiannya tak terhabis dan terbuang aje. Bersahur pula semua tak lalu makan, jadi tak perlulah aku nak memasak awal pagi. Sebenarnya utk keluarga kecil, membeli makanan siap lebih jimat sbb kos bahan memasak skrg dah mahal. Tetapi utk keluarga yg besar, masak sendiri dlm kuantiti yg banyak mmg menjimatkan dan puas makan...

Okeylah aku nak bagitau smlm aku berbuka kat Secret Recipe, Jaya Jusco Bukit Raja. Makanannya banyak pilihan dan sedap juga tapi harganya mahal. Tapi dah alang kepalang aku jarang pergi ke sana, tak apalah.. sekali sekala. Aku ni kalau pergi ke tempat yg jarang2 pergi mestilah kena makan benda2 yg jarang ada kat tempat lain tapi semlm aku teringin pula nak makan Tom Yam Kung, padahal kedai tom yam bersepah2 kat Klang ni. Lain kali aku kena ingat utk makan western food lah pulak!

Skrg ni tengah tunggu gambar utk di upload.. hubby tak sihat pulak minggu lepas, so banyak kerja tak siap lagi. Nanti bila gambar dah siap, aku akan update lagi..

Tuesday, October 04, 2005

Antara meriam buluh dan lesen memandu.

Balik ke masa silam.. 20 atau 30 tahun dahulu, teringat betapa meriahnya setiap kali menjelang puasa. Anak2 remaja sudah mula ke hutan mencari buluh, standby nak berperang dengan kampung sebelah. Kanak2 tertunggu-tunggu abah pulang dari pasar membawa bunga api dan mercun. Ada atuk dan bapa yg tak sabar2 nak menunjukkan cara membuat meriam buluh kpd cucu dan anak2 jantannya. Ibu2 seronok menguli tepung sambil melihat sikecil bermain bunga api. Kalau ada pun kecederaan atau kematian akibat mercun dan meriam buluh, boleh dikira dengan jari,.....

Hari ini, semakin ramai remaja yg mati setiap hari akibat berlumba dijalanraya dan menghisap dadah. Masalah sosial semakin bertambah kerana tradisi telah ditinggalkan. Kita diharamkan bermain mercun dan bunga api kerana ia dikatakan merbahaya tetapi sebenarnya bahaya bukan datang setahun sekali... bahaya ada setiap hari di setiap masa dan setiap tempat. Kata orang bahaya jgn dicari tetapi malang memang tidak berbau.

Untuk aku , tradisi bermain mercun dan bunga api dapat mengeratkan hubungan bapa dan anak2. Ia juga dapat mengisi masa lapang anak remaja. Yg penting anak2 perlu diajar cara yg betul untuk melakukan sesuatu. Begitu juga dengan halnya lesen memandu.

Seingat aku masa ambil lesen memandu dulu, kita hanya perlu memandu 50km sejam, ikut laluan yg ditetapkan. Tahu cara untuk berhenti diatas bukit dan meletakkan kenderaan dengan betul. Itu sahaja.... mudah sgt.

Bila dah dapat lesen, tiba2 aku kena memandu 80km sejam, perlu pula memotong lori dihadapan, kereta tiba2 rosak kat traffic light, tak pun traffic light rosak kat simpang empat...ceh semua tu belum pun ditest oleh JPJ. Maka tak heranlah ramai sgt yg tak layak memandu walaupun dah dapat lesen.

Bila smlm JPJ kata nak kaji semula sistem mengambil lesen, aku rasa mereka harus tetapkan supaya, pelatih,

1. perlu membawa kereta dgn kelajuan 80km sejam.
2. perlu memotong sekurang-kurangnya sebiji lori dijalan persekutuan.
3. melakukan brek kecemasan di selekoh.
4. melintasi traffic light rosak di tengah bandar.
5. menukar tayar kenderaan di tepi jalan.

sekiranya mereka lulus semua perkara diatas aku rasa usaha nak mengurangkan kemalangan jalan raya akan berjaya. Kalau harap nak ubah sikap saja tapi skill memandu kurang, naik basikal pun boleh masuk semak.

Dengan erti kata lain, kemalangan jalanraya pada setiap kali menyambut raya melebihi kadar kematian akibat bermain mercun. Kenapa tak haramkan kereta dan motosikal?????