Wednesday, March 29, 2006

Ntah apa-apa...

"Adli"

"Alia"

"Yasmine"


Apa yg ntah apa2 ni??? Actually, last Sunday (26 Mar 2006), me terpaksa pergi Mesyuarat Agung PIBG kat sekolah anak me...maklumlah AJK! Ntah camna kali ni teruk sgt perjalanan meeting... can you imagine duk kat sekolah tu dari pagi kul 8 tapi the meeting ends kul 4 ptg!! Mesyuarat amende tu? Setau me mesyuarat kabinet pun tak lama camtu!!! Me ni memanglah AJK PIBG tapi we all tak terlibat dengan aturcara so bila kelam kabut camtu, takkan we all pulak yg disalahkan... ntah apa2 ntah!

Okeylah, me mls nak citer pasal PIBG ni tapi sepanjang bulan April ni nampak gaya selalu sgt le cikgu-cikgi kat sekolah tu nampak muka me... tahun depan mau diorang vote me jadi YDP ke NYDP kan.... macam le me takde kerja lain.

Me ni sibuk mengasuh dak "Alia" tu yg seminggu lagi nak sambut harijadi yg pertama. Tak pasal2 nak kena give up jaga Alia pulak nanti.... Dah tu nak tinggalkan si Yasmine pun satu masalah, bukannya me ada babysitter. Adli pula mmg kaki mengekor, pantang me nak kluar sibuk nak ikut, nasib baik dah pandai jaga diri sendiri.

Hubby mmg bising kalau me aktif PIBG tapi me suka sebenarnya sbb ada benda nak buat dari duk saja2 kat rumah, asyik pening layan anak2... nanti stress mcm cikgu2 tu yg sampai kena breast cancer, kencing manis, darah tinggi dan sakit jiwa... bahaya juga kan!

Itulah yg me baca kat paper hari ni.... guru-guru stress sebab workload. Ayoyo! sampai macam tu sekali ke? Itulah pasal diorang ni, kalau PIBG suggest nak bagi motivasi setahun sekali, tak terima... kata PIBG cari salah diorang. Sebenarnya motivasi tu kat mana2 syarikat yg besar2 memang selalu ada utk staff, untuk menaikkan semangat diorang juga kan! Ini tak, asyik2 stress, macam le kerja lagi susah dari pekerja am Alam Flora.. ntah apa2 ntah!

Me pun ntah apa2 la asyik membebel je ni... tapi sebenarnya tgh pening sbb nak kena packing balik barang2 dapur... seminggu dua lagi nak start renovation.... matile me mengemas minggu ni... bebudak yg takleh harap tu semua nak camping kat sekolah le konon... ntah apa2!!!

Oklah me chow dulu...

Monday, March 20, 2006

Me & Cuti Sekolah





























Akhirnya sekolah bermula lagi.... Me rasa lega sgt hari ni sbb akhirnya dpt juga update blog ni, something yg me tak terdaya nak buat during school holidays! Bukan apa, cuti cuma seminggu so malas nak post bebudak tu ke kampung. Maka beramai2 le mereka kat sini pada cuti sekolah ni, dgn pelbagai kerenahnya.... terutama dlm membuat sepah di merata-rata tempat. Rasanya rumah me yg paling banyak sampah setiap hari kat sini... nasib baik ada si Adik (budak Alam Flora) yg bertugas membuang sampah setiap hari kalau tak tentu dah jadi landfill rumah ni!

Satu lagi reason me tak update blog ialah malas nak on PC... sbb bebudak tu kalau nampak je PC on mesti nak enterframe, tengok katun le, main game le.... Mimin pun sibuk juga.. nak tengok ikan!!! Cuma hari sekolah camni je yg aman utk me mengadap PC, itupun sekejap je lah sbb lepas ni nak uruskan pulak anak2 asuhan me tu. Dah dekat masa diorang nak balik dah... about 1, 2 hr lagi je.

Hari ni pulak tak dpt access web Berita Harian & Harian Metro... kenapa ek?? Anyway dah baca news kat Utusan Malaysia dan Malay Mail... takde yg menarik.

Hari ni 'Teacher' bebudak ni dtg kat rumah makan tgh, asyik puji me masak sedap... you guys nak try tak? Tapi masak sendiri le, ok... resepi me bagi:

Ikan Masak Lemak Cili Api

Didihkan 2 mangkuk Air dlm periuk, masukkan 4,5 pcs Asam Keping, masukkan 2,3 pcs serai yg diketuk. Kisar Bawang Besar, Bawang Putih dan Cili Api ikut suka berapa banyak pun. Masukkan kedlm periuk dan tambah sedikit serbuk kunyit. Biar mendidih dan masukkan Ikan (Kembung atau Selar Besar). Kecilkan api dan masukkan Santan dari sebiji kelapa. Kacau sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa... dah siap utk dihidang.

Selamat Mencuba!


.

Friday, March 10, 2006

Me and gossips........

Me menyampah, muak dan meluat betul hari ni... dlm me sibuk nak baca berita terkini pasal ribut, tiba2 kat muka depan HM dan BH ribut betul dgn kisah misteri cinta CT. Me agak tergezut jugalah sbb wartawan HM dan BH sanggup guna cara murahan utk nak jual akhbar mereka. Rasa macam tgh baca Mingguan Perdana lah pulak!

Me ni memang dari dulu sukar sikit nak percaya gossip2 artis yg kluar kat paper. Kalau dah disahkan sendiri oleh artis tu barulah me boleh terima. Tapi gossip tentang CT dan Datuk K ni dah masuk tahap melampau, sampai sanggup print besar2 cakap2 dari sumber??? Selalunya kalau dtg dari sumber mana2 ntah, pasti heboh kat ruangan gossip je.

Yg bertambah konpius tu, kononnya sumber tu kata baru nak masuk meminang tapi camna dah siap tetapkan tarikh dan tempat nak bersanding tu???? Pelik! Pelik!

Tahulah yg Berita Harian tu akhbar melayu No.1 kat Malaysia ni tapi tak payahlah gelojoh sgt nak menarik pembaca dgn cara kotor macam tu. Langsung takde hati perut.... macamlah CT tu takde mak bapaknya, macamlah Datuk K tu takde keluarga!

Me ni peminat setia CT semenjak Bintang RTM lagi... tapi me tak kisah pun pasal live peribadi dia. Dia nak kahwin ke tidak, dgn siapa pun me tak peduli. Me cuma menyanjung bakat yg ada pada CT. Walaupun CT seorang artis yg kononnya milik masyarakat tapi tak perlulah sampai mengongkong hidup CT.

Tak sangka sampai macam ni sekali harga yg perlu dibayar kerana menjadi Artis No.1 Malaysia.... Mawi dah sedia ke????

Wednesday, March 08, 2006

Me and the policemen... apa remp-it?

Me ni bukan fobia dgn polis or benci tahap dewa kat diorang. Arwah datuk me polis, cousin me pun polis tapi entah mengapa...ewah cam lagu lak pulak. Me menyampah giler kalau ternampak kelibat anggota polis, terutama polis peronda!

Dan kebetulan semalam me ternampak 2 org anggota polis peronda ni tengah menahan seorang kanak2 lelaki bawah umur (dlm 11-13 tahun) yg bawa motosikal kat kawasan perumahan ni. Budak tu ambil adiknya yg baru balik tadika. So kisahnya polis 2 orang ni, asyiklah menyoal siasat budak tu di tepi jalan tanpa memperdulikan adik budak tu yg baru berusia 6 tahun. Punya lama me peratikan sikap polis 2 orang ni.

Memanglah satu kesalahan budak bawah umur bawah motosikal, takde lesen, bawa adik kecil lagi tu. Tapi tak boleh ke polis berdua tu sekurang2nya menghantar kedua2 budak ni balik ke rumah dulu, berjumpa ibubapa bebudak tu atau penjaga mereka. Nampak cam tak berhati perut aje.....

Kesudahannya me tak tau sbb me gerenti yg budak tu takde duit nak sogok polis 2 org tu tapi memang confirm lama betul budak tu berdiri kat tepi jalan. Adiknya pun dah hampir nak menangis dah me tengok. Geram betul tengok perangai polis camtu.

Dengan mak bapak budak tu pun me geram jugak... kenapa lah anak kecik2 dah bagi bawa motor. Memang selalu juga me nampak budak2 dalam umur 9 - 15 thn dah dibiarkan bawa motor kat sini. Selalu juga yg jatuh patah tangan dan sebagainya tapi mak bapak diorang ni tak serik2.... bengang betul me rasanya. Bukan setakat kat bandar je, kat kampung2 pun macam tu juga!

Ni pulak ada yg nak buat citer Remp-It, bertambah menjadi-jadi lah budak2 kecik ni..... apalah punya bodoh buat citer camtu. Budak2 ni bukan reti pun bab2 nasihat atau pengajaran... yg diorang nak tengok cuma aksi rempit tu je, lepas tu diorang pulak yg buat kat jalan.

Mak bapak salah, polis makan rasuah, anak-anak dapat celaka.... itulah kisahnya.

Kalau apa yg me kisahkan diatas berlaku pada waktu pagi, pada sebelah petangnya malapetaka yg sgt2 me bimbangkan benar2 berlaku berhampiran tempat tinggal me. Apalagi yg me mampu katakan... malang tak berbau????

(Harian Metro - 9 Mac)

Tangisan tanpa air mata
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Fazallah Pit

KLANG: Kesedihan melampau dan tergamam akibat kehilangan dua anak sekaligus menyebabkan Mohd Atmin Shuib menangis tanpa mengalirkan air mata berjam-jam sehingga dia dipapah untuk membuat pengecaman di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, malam kelmarin.

Mohd Atmin yang ditemui di rumahnya di Tanjung Syawal, semalam menceritakan bagaimana dia lemah seluruh tubuh melihatkan anaknya, Mohd Aizat, 12, dan Mohd Amirul, 9, terbujur di tepi jalan di Kampung Teluk Kapas, Lebuhraya Shapadu.

Katanya, pada hari kejadian, dia tidak dapat bertemu dengan Mohd Aizat kerana keluar ke sekolah.

Mohd Atmin, pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran pula masih tidur, manakala Mohd Amirul hanya sempat disapa seketika pada tengah hari kelmarin.

“Macam mana saya tidak sayu apabila tiba-tiba melihat mereka terbujur tanpa nyawa.

“Seorang terbaring di sebelah kiri jalan, seorang lagi di sebelah kanan. Saya mahu mendakap kedua-dua mereka tapi tidak berdaya. Jadi saya mendakap mereka seorang demi seorang sambil menangis tanpa air mata,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang kelmarin, Mohd Aizat dan Mohd Amirul bersama dan rakan karib mereka, Akmaludin Yusof, 16, terbabit dalam kemalangan yang berlaku hanya satu kilometer dari tempat Nur Salina Saparedi, 7, yang terbunuh dirempuh trailer ketika melintas jalan untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Mei tahun lalu.

Mereka dipercayai keluar dari rumah untuk memancing ikan, tetapi bergesel dengan sebuah trailer kosong yang datang dari arah Pelabuhan Utara menuju bandar ini.

Mohd Aizat dan Mohd Amirul meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Akmaludin cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Selepas kelihatan begitu sugul malam kelmarin, Mohd Shuib, 45, akhirnya dapat bercerita mengenai anaknya itu walaupun selalu terganggu oleh perasaan sebak.

Katanya, ketika mendapat panggilan telefon daripada isteri, Miskiah Ali, kira-kira jam 6 petang, dia segera pulang ke rumah sebelum bersama-sama pergi ke tempat kejadian.

“Apa yang dapat saya katakan lagi, mereka meninggal dunia serentak.

“Saya tidak dapat menahan perasaan melihat wajah mereka yang cedera dan berdarah. Saya menangis tetapi entah mengapa tidak ada air mata yang keluar,” katanya.

Mohd Atmin berkata, kedua-dua anaknya itu memang ramah dan mudah mesra dengan orang lain termasuk di kalangan orang dewasa.

Dia bersama dua beradik itu memang gemar memancing dan selalu menghabiskan masa bersama di kolam pancing.

Dengan sifat yang ada pada Mohd Aizat dan Mohd Amirul, mereka memang dikenali di kalangan kawan-kawan Mohd Atmin.

“Sekarang kawan-kawan saya akan terasa kehilangan mereka,” katanya.

Miskiah, 40, pula berkata sejak tiga hari terakhir lalu, Mohd Aizat pergi ke sekolah tanpa bersalam dengannya seperti selalu.

“Dia terus keluar rumah dengan tidak bersalam atau mencium pipi saya,” katanya.

Menurut Miskiah, kedua-dua beradik itu memang sangat akrab dan jarang berpisah walaupun pergi ke mana.

“Mohd Aizat dan Mohd Amirul juga akan bermain dengan Akmaludin selepas sekolah. Memang mereka sangat rapat,” katanya.

Sementara itu, polis masih siasat kejadian sebenarnya yang menyebabkan kedua-dua mangsa mereka terbunuh kerana tidak dapat mengesan tanda geselan atau darah pada trailer yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati badan trailer berkenaan tidak mempunyai kesan calar atau tanda yang menunjukkan ia bergesel dengan motosikal yang dinaiki dua beradik bersama seorang lagi rakan mereka, petang kelmarin.

“Pemeriksaan setakat ini tidak menemui tanda calar pada badan trailer itu, begitu juga dengan kesan darah pada tayarnya yang boleh dikaitkan dengan menggilis budak terbabit,” katanya di sini petang semalam.

Walaupun gagal mengesan tanda pada trailer berkenaan, kata Junaidi, polis masih meneruskan siasatan lanjut.