Sunday, June 10, 2007

Main Bowling bersama HFC...

reserved utk HFC...




Yasmine dah kecut perut kena dukung ngan Itikeksiden HFC.

Hari ni aku tiba2 sampai kat MidValley Megamall, semata-mata nak main bowling ngan Heliza FC, bersama HFC je tau.... Heliza takde. Ari ni dia ada show kat Bora Ombak, Ampang. Seronok dapat kenal dengan org2 disebalik HFC spt Cikgu Agy, Huda Shazwieda, Itikeksiden dll. Cuma lain kali harap2 dpt jumpa Heliza pulak!

Begheh!

Selamat Pengantin Baru..


banyak lagi gambar kat my fotopages.

Aiseh, luper lak nak citer psl wedding adik ipar aku bln lepas.... Mmg hepi giler sbb smuanya berjalan ngan lancar except ada kejadian yg x diingini berlaku gak lps tu.

Penat mmg penat dan bertambah penat biler purse dan duit aku smua abis dikebas org. Duit mak mentua pun terlibat sama. Sib baik dpt balik purse tuh, pencuriknya campak dlm tong pam tandas kat dlm umah jugak. Terselamatlah dari turun naik pejabat JPN.

Minggu dpnnya tu bertandang ke rumah pengantin lelaki lak. Best btl, dpt makan lauk kenduri, naik 5 kilo dlm seminggu.... Aiyaya!

BTW SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADINDA RAMLAH & AZMIN, semoga bahagia ke anak cucu.

Friday, June 08, 2007

13, 20, 21 June.......






June is a very special month for me...... Yasmine, Hubby and aku, akan sambut our birthday in the same month. So it's a celebration month.

Dulu masa tau baby due bln Jun, mmg nak sgt baby tu kluar sama date ngan aku on the 13th, pastu bila date tu terlepas, hoping lak baby tu kluar on the 21st, sama ngan Hubby... rupenyer baby kluar on the 20th, betul2 utk jadik birthday gift pd Abahnya!

Yelah, bila baby kuar 20hb, sempatlah nak masukkan dlm kotak dan wrapped utk bagi kat Abah the next day kan?!!! Hehehe, kidding!

Actually tak plan pun lagi camna nak sambut birthday kami ber3 ni.... hmmmm.

luvCTHeliza aka Kak Jah



Antara sbb2 aku x update diary spt yg dijanjikan ialah,
1)Malas
2)Kena tukar guna google account utk posting kat blog aku nih, slow pulak tu!
3)Busy la.......

Antara sbb2 aku busy,
1)Adik ipar nak kahwin (dah selamat, Alhamdulillah)
2)Anak nak exam
3)Layan @15....

Antara sbb2 aku layan @15,
1)Promote Heliza
2)Kritik Heliza
3)Backing Heliza dr pengutuk2...

So akhirnya aku menjelma di Heliza FC dgn nama yg aku guna di @15 iaitu, luvCTHeliza. Sementara diblog Heliza Dot Com, aku guna nama Kak Jah!

Pun begitu blog ini akak ttp seperti ini... sesekali akan diupdate bila ada kelapangan wpun aku bercadang utk mewujudkan blog baru tp kerna bimbang blog itu pun akan menerima nasib yg sama spt blog ini, aku batalkan aje niat tu.

Well, for all Heliza's Fan out there.... jom join kami di Heliza.Com dan HelizaFC.Com. Heliza BEREEHH forever!

Monday, March 19, 2007

Diary AF5 (Hari 2/Minggu 2)

Ari ni they all start ngan muka baru bangun tido, nangis ke apa sbb tgh session motibasi ngan doktor Luvvvv. Terkezut aku tgk muka Deqna tanpa eyeshadow kaler2nya tu. X pun diorang semua kena turun awal jadi x sempat nak make-up lebih2. Ada gak dgr lastweek diorang kena komplen sbb turun lambat (bebudak pompuan la).

Pastu sessi ngan 'abang' RA yg kononnya bengang sebab konsert ari tu hancuqq, sambil2 mengakui yg dia x suruh bebudak tu rehearsal betul2, kan! kan! Ari ni si Fatin dah msk balik dlm Akademi. Pastu sessi tgk balik show diri sendiri yg ntah hapa2 tuh. Dan last sekali dapat lagu. Dafi tolong ambilkan lagu utk Aswad sbb dia rank no. 1 minggu lps.

Ada gak hadiah utk yg dok tmpt no.1 & 2, masing2 dpt surat dr family. Dafi dpt surat dan bunga dr Astro. Heliza pulak, ma dia bagi beg ngan berhelai2 tudung (alo, makcik! tau la kat Kelantan & Trengganu tudung murah2, jgnlah kasi kitaorang jeles ek!).

Kalaulah selama 10 minggu Dafi ngan Heliza kat dua tempat teratas tu, x merasalah bebudak lain kan!kan! Yelah, sorang diundi oleh bebudak pompuan yg masih bersekolah sbb cute sgt, mcm baby gitew! Yg sorang lagi diundi oleh kakak2 & makcik2 serta abang2 dan Datuk2 yg tertawan dgn kemanisannya. x gitu???

Apa2 aje lah... td ada gak tunjuk muka dak Aswad tu gi jumpa doktor, tp x baik lagi lah, dah tu kesian banyak parut...

Hopefully minggu ni dia perform la, walaupun dr bilik lain, ok.

Ari ni sebenarnya diary senyap sikit, tak taulah diorang dah kene sound ke apa supaya x gediks sgt. X pun sbb risau nak kena bambu ngan RA la tuh!

Ni masing2 dah dpt lagu, hrp2 x main2 lagi, ok.

Diary AF5 (Hari 1/Minggu 2)

Diary skrg dah mula dari hari Ahad, tp xde citer apa pun, dok flashback kisah2 minggu lps and sebelum konsert je. Bosan la.... ada ke baru nak tunjuk Shawal sakit tekak, selalukan kalau pi klinik aje, diorang mesti dah bagitau kat Diary ari tu juga. Pastu tunjuk pulak bebudak tu berenang2 kat lantai, ntah amenda la. Aku perasan dlm diary since last week lagi, Deqna ngan Aizat ni suka sgt dok dpn kamera. Asik nak cari perhatian je ke?

Pastu tunjuk diorang main game treasure hunt utk tujuan pengiklanan semata2, I guess! Dan lepas tu x berapa nak hingat apa yg jadi... he he he. Itewlah, aku xleh nak concentrate la kat AF5 ni, bosan giler. Oooo, last sekali dia tunjuk VT dak Zana yg tarik diri tu (I percaya itu mmg gambar dia yg asli, kalau x buat apa dia nak tarik diri!) dan VT Diya yg terkeluar.... dah abis!

Mission AF5



(Ni gambar last year masa jln2 kat Danga Bay)



YUHOOOO..... I'm back! I'm back!

Hellloo.... ni dah taun 2007, aku baru tersedar dari tido ke? Lama benar aku lupa diri & hilang ingatan gitew.... nasib baiklah AF5 muncul awal sikit taun ni, kalau x mesti x perasan yang blog aku ni dah penuh dgn srg lelabah!

Terjaga pun ada sebabnya! Sbb geram dan meluat abis kat AF5 lah ni!!!!! Apa dah jadi ngan produksi yg ditunggu2 saban taun? Sapa punya angkara semua ni? Tolonglah jawab!!!!

Allloooo... Astro!!! Ngapalah korang recycle juri2 MI yg aku x minat dan x suka nak ikuti selama ni? Napalah korang bawak si Roslan Aziz tu ke sini????? Dahlah aku meluat dgn dia sejak dulu lagi (kes baling2 kat x-wifenya, Shiela Majid), ni dia dah bawa pulak budaya tu kat AF. Minggu pertama lagi dah suruh pelajarnya baling2 pinggan. Apa punya haprak lah pengetua sekor ni kan.

Ni yang berapi nak mengutuk si RA ni pasal konsert pertama la ni... Hancuq! Dulu berlagak sgt mengata produksi AF, bila kat tgn dia lagilah ntah hapa2. Peserta pun dia yg pilihkan? Tgklah! macamlah best betul sore bebudak tu... aku dgr biasa2 je. Takde Aura, takde keistimewaan langsung. Atleast dulu2, ada gak yg technically sore power tp peserta taun ni boleh kata semua below average lah! Dah tu ada pulak pengkritik yg 3 org tu, bab Hattan I dont mind sbb dia tu mcm berilmu dan berbudi bahasa sikit tp si dua G nie... sorang kritik bab rupa, yg sorang meroyan bab lakonan. Aku ingatkan ni pertandingan nyanyian!??

Ni dah masuk minggu kedua, nanti aku start review diary tiap2 hari (kalau laratlah!). Bukan apa sbb skrg dah tinggal 14 je so kuranglah sikit keje. Penat rasanya tgk tempat tu sesak sgt. Wokey aku nak start mission taun ni utk upkan Heliza yg cantik manis tu, walaupun ada org kata x perlu ada another Dato' Siti Nurhaliza lagi tp aku rasa berbaloi la tu, sbb CT dah kawen ngan Datuk K, mesti ada Datuk2 lain yg gigit jari. Pasni boleh la diorang pakat2 bela misai lagi sbb dah muncul Heliza pulak, kan! kan!